Saturday, June 27, 2009

ARTA PLASA




datang wei.. ble lagi nk support kwn2... nk ble lagi nk dgr bangi ade performance cmni...
tiket leh beli kat aku gk, pape hal leh kontek hp or FB.. RM20 je beb...!!

Thursday, June 25, 2009

ada satu bisikan...

hari itu hari selasa yang tenang... esok aku ade exam. tp aku masih rilex. yela, exam lambat lagi. ade la dekat-dekat 28 jam. lalu aku melabuhkan punggung ke kerusi plastik tajaan kolej yang berwarna hijau. aku merenung tepat ke arah langsir bilik, warnanya sedondon. mmg la tak se'best' mane pon pemandangannye, tapi, tiba-tiba aku terdengar satu suara....

"aku malu tau tak?!" kata suara itu.

aku terus memandang tajam ke satu objek di tepi langsir.

"ko dah guna aku puas-puas semalam, sampai aku basah satu badan, skrg ko bia je aku kat sni. ko igt aku ni perempuan murah? " kata suara itu lagi. marah betul dia.

aku jadi cuak, kes-kes perempuan simpanan atau skandal macam ni mmg aku tak reti masuk campur, paling2 dasat aku bace kat sokaba tabloid je.

lalu hati aku terfikir,"dengan sape suara ini berkata-kata?".

tapi suara itu berbunyi lagi.

"aku malu dengan budak sebelah 2, die masih bersih, tak tercemar. die suci. menyesal aku bersama kau selama ni. dah la aku nak mandi pon ko tak bagi, lepas tu, selang sehari ko pakai aku balik. ko igt aku ni ape mandi seminggu sekali je? ko memang xde hati perut!! keji!! hina!!"

aku dah tak sabar, kot ye nak marah, jgn la tengking-tengking. angin aku pon dah datang.

lalu aku bersuara garang, "ah, jangan bising lah, dah mmg ko uniform aku, sukati aku la!!"

"eh, apsal ada dialog aku plak ni?" tiba-tiba aku tesenyum. baru sedar dari lamunan

" agaknye, camtu la perasaan uniform tu... hehehe...."

aku tersengeh-sengeh sambil memandang baju yang tergantung di tepi langsir(aku nk keringkan). sebelahnya ada bju yang telah digosok. baju tersebut baru dibeli. masih segar dan bersih (bkn baju aku).

p/s: aku bukan ape, trening hari isnin n rabu.... bukan xnk bsuh, takut xsmpat kering... hehe...



Sunday, June 21, 2009

ni bukan teka-teki

sarah dan rakan2 baik beliau, fiza dan liya pergi ke satu pertunjukan fesyen..
hari sabtu, 20 jun 2009 mencatatkan sejarah bagi 3 gadis ini kerana kali ni mereka sendiri yang memperagakan pakaian. Bukan baju atau seluar, tapi kasut. penajanya, pergh.... model2 pon terliur ar nk pakai kasut yg mereka meragakan hari itu. macam mana sarah boleh terlibat dengan perkara ini, akan dirungkai dalam episod lain.

apabila ramai yang sampai, mereka diarahkan untuk men'try' kasut yang tersedia. semua kasut sudah separuh tersusun. kata kak rodiah, kasut ini semua perlu disusun mengikut giliran naik kepentas.

"wah, cantik gak kasut aku!" kata sarah di dalam hati apabila terpandang sepasang kasut yang disusun depan sekali antara semua kasut branded di situ.

sarah akan memperagakan sepasang kasut bertumit 4 inci, warna coklat. cantik, tapi mungkin warnanya sedikit malap. tapi biasa la, sarah seorang yang "lantak ar.." dia senyum dan dengan selamba ambil kasut mahal itu untuk di'try'.

"alamak, apsal ketat ni? siot tol ar.." gerutu sarah didalam hati.

walau apa pon sarah masih dengan penuh bergaya dan dengan sikap "lantak ar"nya berkata,
"pakai je ar.. skit je ketatnya pon. sumbat sudah".


Liya, si baik hati yang sedang membantu kak rodiah mencatatkan sesuatu tu pun menyedari keadaan sarah. tapi sarah buat tak tau. alah, simpati pon bukan dapat tukar kasut. dah minta saiz ni, dapat saiz ni la.

"eh jap, ni saiz 37 ke? apsal aku xmuat?" hati sarah bersuara tiba-tiba.
kemudian, sarah sambil membelek2 kasut tiptoe stylo, yang pada perkiraanya, puasa 2 bulan pun belum tentu dapat simpan duit beli kasut macam tu cuba mencari cetakan saiz kasut tersebut. tapi malang, sarah tak jumpa mana letaknya saiz kasut tu.

"ah, btul ar kot". bisik sarah malas nak kecoh-kecoh. biasa-biasa sudah la.

persembahan bermula, sarah dengan yakin memakai kasut yang agak ketat itu. dia masih igt kata-kata kak dayang, jurulatih catwalknya beberapa hari yang lalu..

"kat atas pentas, fikir aje kamu yang paling bagus, orang lain tak bagus" kak dayang memang dapat meyakinkan sarah.

sarah berjalan dengan lancar, menggedik dan senyum lebih kurang, kemudian turun dari pentas yang menyeramkan itu. semua peserta melalui pentas yang sama, bezanya, ada yang bawak selendang, kipas n si liya bawak beg. sarah bawak diri saja. "lantak ar.."

selepas turun dari pentas, dan menunggu orang lain selesai catwalk, sarah buka kasut kerana lenguh. kemudian sarah terpandang nombor 36 di bawah penutup depan kasut itu.
"ler.. saiz 36 rupanya, patuyla tak muat.. lantak ar, dah setel pon." sarah masih cool.

namun jangkaan sarah meleset. rupanya, pertandingan macam ini pon ade kritikan. selepas semua orang "berjalan kucing". semua dipanggil ke atas pentas semula untuk dikritik. sarah menerima kritikan yang pertama.

"sarah.. saya suka awak, you have the confident, u smile, tapi satu je dik, kasut awak 2 nampak sakit, ketat sangat. biar muka ketat dik, jgn kasut ketat, sedar sikit, kaki awak 2 besar, nampak tak cantik. nanti orang tengok, mereka tak nak beli." kata seorang juri yang katanya editor majalah.

sarah gelak je. "lantak ar" sarah memang cool orangnya kan??

tapi setelah ngetahui sesuatu, sarah jadi panas hati.

esoknya, ada bengkel pula. sarah memberitahu seseorang tentang kasut yang semalam digayakan untuk catwalk sebenarnya bersaiz lebih kecil dari yang diminta. kemudian gadis comel itu memberitahu sarah bahawa dia ter"suspek " seseorang. si comel mengungkapkan kata-seperti:

Si 'suspek': comel, kasut ko yang mane?"

Comel: yang ni haa.. (sambil menunjukkan kasut hijau yang simple, biasa-biasa je)

si 'Suspek' : hmm... tak nak lah! (buat muka poyo)

perlukah beliau cakap macam tu? kasut kan dah tersedia, mana boleh pilih nak atau tidak.

tiba-tiba sarah teringat satu kritikan.

"R(bkn nama sebenar), saya rasa kasut awk kelihatan seakan besar sedikit. awak tak nampak tinggi." editor majalah tu juga yang cakap. merujuk ke si 'suspek'. suspek memakai kasut berwarna terang, memang menawan.

sarah bukan marah sangat atau terasa dianiaya, tapi kerana (kalau betul la..) kasutnya ditukar, kritikan menyebabkan sarah jadi semakin kurang berkeyakinan dengan bentuk kakinya.
emos.. emos... tapi masib baik sarah masih ingat taglinenya..

"lantak ar!!" kali ini, lain macam skit intonasinya.

Monday, June 15, 2009

Tercari-cari

hari itu terlalu sunyi
sepi
tiada bunyi

tapi lena tetap diganggu
bukan kerana lagu
kerana hati yang lugu

racau

kacau

letih

risau

malam kian kelam
suram
wajah terasa membahang
keringat mula menitis

aku
cuba mencari dimana silap
cuba meneka yang mana kurang

dan malam itu

di dalam suram
di dalam kelam
aku bertemu jawapan itu

kenapa malam tiada bunyi
mengapa hati menjadi lugu
penyebab keringat mula menitis

dan..
ketika malam itu masih sunyi
bahang masih membakar

aku bangun
dengan tekad dan malas berbaur
menjejak kaki ke lantai
melangkah longlai

mencari suis kipas..

Tuesday, June 9, 2009

three little bear (sambung post lepas)

sebelum balik, sarah menjalankan tugas mutlaknye iaitu mengambil attendence.. so, ala2 dengan selambernye je die mintak particular fairuz, bdk baru yang sedap mata memandang itu.

"dah dapat no fon die.." bisik hati sarah.

"eh, apsal plak ni? keje amik particular ahli kn mmg keje aku.." kata akalnya pula.

"ah, lantak lah!" akhirnye bibir berkata, sambil senyum lagi.

pada akal bengongnye, malam ini, boleh la die menghantar SMS kepada brader cute itu.

mesti la untuk ajak lunch esok. yela, esok kn hari lunch bersama bdk2 silat. gile, sarah nak ajak die lunch berdua? malu ar.. die memang pemalu orangnnya.

malam itu selepas blk dr trening, sarah hantar msg kepada semua ahli. - rakan2 esok jom lunch bersama2 ahli silat kat econc cafe.. jumpa nnt k. ;) dr: S/U korang, sarah.-

nampak cam xde yang pelik je kn, ape kejadah stakat nk msg mainboard tulis name segala. tapi kan malam itu ade ahli baru, kene la tulis name... ye tak??

kemudian ahli baru itu reply, tnya itu ini sikit then kata mungkin die akan turut lunch bersama esok. hari sarah tamat bersama hp di dalam tangan kanan.

pagi itu, dengan riang ria, sarah bagun dan gosok baju yg ala2 kiut dimata kasarnya. ye la, nak g klas kenalah classy kn?? maka die pergi ke klas dengan penuh keyakinan.

waktu lunch pun tiba,

sarah memecut dengan kadar sederhana utuk ke cafe econs. sampai di cafe, dia mengambil tempat dan bersalaman dengan rakan2 yang ada. kemudian die ternampak dari jauh. brader kiut rambut belah tengah, kulit cerah n tinggi leh tahan, seakan-akan tercari2 sesuatu. mukanye sebiji macam fairuz yang malam td 2..

sarah dengan pantas mengangkat tangan kepada brader itu kerana yakin itu adalah dia.

kawan2 laen memandang sarah.

"kau lambai siapa tu?" tanya arifah.

sarah manjawab dengan senyuman yg meleret-leret.
"ade la... kwn baru kite.. ensem orgnye.. aku cop dlu ek! jgn nk kacau daun."
kemudian sarah nampak brader itu menuruni anak tangga dan berjalan ke arah tempat dia dan kwn2nya duduk...

die kemudian pura2 tidak memandang brader itu.
apabila die agk2 brader tu dh nak sampai... die bajet2 betul2, brader tu sampai kat tempat die duduk...
dan trus berdiri n ala2 nk wat surprise!

"opocot mak kau!" latah sarah...

dihadapannya tersergam indah seorang brader yg pakai spek, badan agak besar, muka cam tengah lapa gila, yang pegang pinggan di tangan kanan dn air sirap limau ditangan kiri. nasib baik je tak tercampak sume makanan kat sarah.

"eh, sori brader, sori.." srah mintak ampun
"apsal leh salah org ni? alamak aih.. malu gle kot.." sarah dah tak sanggup angkat muka. dia pandag bawah je.

kawan2 laen, ape lagi, bukan main ligat ketawa, macam la kelakar sangat.
perasaan malu mmg tak ingat punye. sarah rasa btol2 rasa cm nk bunuh diri.

gile, xmalu. brader yang baru nak diejas tu betul2 ade dekat tempat kejadian, baeek punye gelak, sampai berlinang air mata...
maluuu......!!!!
sejak itu, terus "turn off" sarah kat brader tu.
bru nk test market, dah bankrap.
Ape kes?!

Monday, June 8, 2009

just one word

dihikayatkan sebuah kisah....

cerita rekaan bkn tipu..

cam biase, hari rabu, kol 9 mlm, sarah dan rakan2 akn berada di male sport complex utk training silat.. sarah dn fiza serta mira (bdk 'asas'yang jurulatih kami paggil fiza kecik) terpaksa berjalan kaki untuk ke stadium. brader teksi demam dengar ceritanya.. kesian die...

setelah berjalan lebih kurang 1km, mereka pn sampai ke stadium.... pastu, cm biase la... dh name pn bdk silat.. bdk2 ni mmg berpegang teguh terhadap kebudayaan org timur, budaya melayu khasnya.. n dlm konteks ini, mereka mengamalkan konsep 'janji melayu' dengan yakin dan penuh setia.. kerana ketika jam menunjukkan pukul 9.15 mlm, mereka masih menunggu ahli2 lain.. walaupn sepatutnya kelas bermula pada pukul 9.. mungkin kerana ini adalah kelas pertama, jd semua org dah terlupa kt mane tmpat trening... maybe..



sedang mereka sibuk2 tunggu 2, ade ahli2 lain yang datang...

"ramai juga hari ni", kata sarah separuh sedar. kemudian, cik naib presiden berkata

"kita start je la dulu sambil tunggu yang laen datang.."

sarah pergi amik bengkung hikmatnye yg terletak diatas meja berhampiran...

tiba-tiba, ade seorang brader datang kat sarah.. dia semakin hampir... sarah senyum..

"err.. ni silat under sape ek?" katanya brader berambut lurus belah tengah itu.

sambil terkebil-kebil, sarah angguk apabila nama guru utama kami disebut.

"aah, betul la tu... ahli baru ye? dr mane? name sape?" kata sarah pulak. xsabar-sabar nk berkenalan... ye la.. die kan setiausaha, maka mengenali setiap ahli itu juga adalah kerja nye.. xcaye pergi tnya setiausaha kerajaan negeri pahang... msti die pn ckp cm 2...

"saya fairuz, asal perak" kata brader td smbil senyum meleret.. manis gle senyuman die.. sarah tefikir.
"kalo aku ade kencing manis, leh pitam jadinye ni... hehehe " sarah tersenyum sendiri. kemudian senyum dengan brader itu yang kemudiannye trus letak beg n memakai uniform..

"owh.. dh tamat rupanye brader ni~"

.....klas berlaku seperti biasa.

bersambung......

Sunday, June 7, 2009

xsampai 3 saat.. ceh!

.dayat

"sy bkn xnk ajak awk kuar.
tp nt abah awak mrh pulak awk slalu kua mlm.
tp sy ttap kne bgtau awk...
sy lpak dgn naha kol 9."

end messsage

comfirm cm sial gle msg ni!!!
ah persetan itu sume!!
lepak ar korg, aku nk tulis blog!

dgn bengang, trus buka laptop.. tgh sdp2 type..
ringtone msg bunyi lagi...





pu3tdo


"kak, mi jmpa kwn2 ko kt amerali,
happening gle.. sume ade, ko je xde..
huahuahua"

end message


mangkuk tol!! Dh! comfirm xnk tgk msg dh! ape nk jd, jd lah!

ap ertinye kol 9 kalo xlepak amerali.....
dh la lame xjmpa mereka semua.... huuu..
xnk bace msg lag... xnk!! dorg sume msti tgh hepi gle...
arghh...!! ak trmenung mengenang nsb diri kejap...
haih...

jp pastu lagu soko bunyi lagi...
hah?! jejaka idaman msg??
once in a blue moon ni...
alamak....
nk buka ke x ni?

msti la nak!! hehe...

Friday, June 5, 2009

happily said... "selamat datang"

urm... sbnrnye, ape yang selamat sgt kalo kita dh datang kat blog? mmg susah nk jwb.. ye la.. dh kalo kite tengah membaca.. sume benda yg kite baca 2 bukan leh sekat2, sume akan termasuk kt dlm otak... btol la kn? jgn tipu... aku tau la... dlu ms skolah ade blaja pasal temporal lobes dan fungsinye.. tak caye g tnya cikgu faridah yg mak izzah 2..
msti die ckp die dh ajar... jd untuk menyelamatkan diri... bace blog ni pkai la tutup kepala kalo kot2 batu ke yg nak masuk dalam otak 2, xde la rasa sakit sgt..





so, "selamat datang ke APE KES?!"

Followers