Thursday, July 23, 2009

Sarah buat hal lagi…

Sarah adalah seorang pelajar biasa. Dia belajar di university yg biasa-biasa je. Tp yg mmbuatkkn dirinya berbeza, sarah seorang yang aktif. Die juga seorang pesilat. Sekarang sarah sedang gigih berlatih untuk pertandingan silat yg akan berlangsung beberapa hari lagi.

Malam tadi, sarah tersenyum lebar apabila jurulatihnya memberikan ubat sapu untuk disapukan ke lengannya yang lebam2 kena sepak terajang. Sarah ambil je la ubat tu sambil sengih. Terasa cam budak manja pulak.

“Sebelum ni, macam la xpernah lebam2. Demo ke, pertandingan ke, semua ade lebam ape. Tp xpernah pun dapat ubat mcm ni” sarah berbicara dalam hatinya.
Tiba-tiba, sarah tersedar, sebelum ni die xpernh pon tunjuk lebam or bengkak waima luka2nya dekat sape2, terutama jurulatih. Sebab.. mereka kn lelaki..

“Erk!!” Sarah tercekik liur sendiri.

Astagfirullah…. Ya Allah.. Ampunkan hambaMu ini…

Monday, July 20, 2009

Demi sesuap nasi...

“Siot punya FB! Dh lambat… blum smyg zohor lg ni…” kata hatiku.

Jam di pergelangan tangan aku menunjukkan 3.15. memang perangai manusia, meletakkan kesalahan sendiri pada orang lain. Dan sebagai manusia biasa, aku juga tidak ketinggalan. Facebook yg aku persalahkan kerana kelewatan smyg zohor aku hr ni. Jadi dengan pantas aku bergerak keluar dr lab ITD yang sejuk cam peti ais itu. Berjalan pantas, tapi mata melilau melihat selendang yang cantik2 belaka di gerai2 depan ITD.

“pergh.. 10 henget je… warna purple pon ade plak 2…” aku akhirnye berhenti melihat selendang.

Tiba2 fikiran aku termelayang dan berimaginasi. Terbayang kelibat seorang perempuan, mukanya macam aku. Baju pun macam aku jugak. (Eh, memang la aku!) kelibat itu sedang membayar harga sarapan pagi. Dan menyimpan baki dua keping note biru yg kecil ke dalam beg duitnya.

“Dem! Duit tinggal RM2. Cmne nk beli selendang. Duit makan malam pon xlepas ni.” Dalam kekecewaan itu, aku tersenyum.

Mana tidaknya, PTPTipu kan dh masuk. Aku berlari2an lagi mencari ATM yg berdekatan. Selendang tu boleh tunggu lagi. Yang bab makan malam tu yang penting. Kne kuarkan duit sekarang jugak. Pergi library, mesin duit itu xhidup. Turun pula gi tepi main audi, ade tampal kertas “OUT OF SERVICE”. Nasib baik UIA ni kecik. Maka aku cekalkan diri pergi ke center. Ade 4 biji mesin cocok duit di sana.

Sesampai di center… tak terbayang dengan kata-kata. Ibarat lautan manusia layaknya. Setiap mesin ATM ada dalam 300 orang. Pada telahan aku, subuh esok pon belum tentu dapat kuar duit. Dalam zohor bru dapat aganye. Ape aku nak buat kat sini sementara tunggu zohor esk? (Aku buat muka curious.)

“Zohor?! Cis, aku blom smyg zohor yang hari ni, cmne leh fikir pasal zohor esok!” aku kaget. Suasana terasa sunyi.

Aku terus gostan dan berlari2 anak lagi. Kali ini menghala ke mahalah(kolej). Tidak langsung menoleh ke belakang. Sampai ke bilik, aku terus dengan pantas berwudu’ dan dan solat. Usai solat, jam menunnjukkan 4:20. Aku senyum lega.
Aku sanggup lupakan makan malam demi mengejar waktu solat yang semakin habis.
Aku seorang yang BAIK bukan??!!

Ketika menaip perkara entry ini, jam penunjukkan 6.20ptg.

“ Lapar…. Nak pnjam duit sape malam ni ek?!”. Aku terbayang muka Nabila.

Dgn pantas aku mencapai hp, menaip “Neb, jom mkn same”, dan terus send kepada nama: Nabila UIA.

Beberapa minit kemudian dia reply, “I dan memang kt nk turun pon. Jmpa kat sane k.”

Aku tersenyum nampak gigi.

Thursday, July 16, 2009

Pengalaman aku: Kuala Pilah

Episod: naek bas pulang ke UIA

kalo dah kata bdk UIA, dah tentu2 org fikir kami semua ni tertib. ya, kami mmg tertib. naek bas dengan tertib, duduk dengan tertib dn sume yang tertib2 belaka. apabila bas bergerak. kami melambai2 kepada ibu bapa angkat yang kami knal bru 4 hari....Mukim Seri mananti kami tinggalkan dgn berat hati.. ade gk aku dengar cite yang amir nangis dlm bas, tp aku xnk tuduh sebab aku xnmpak air mata, just matanya je yang merah...

tepat sekali!
aku naik bas dgn bdk2 dikir. zul, k.ada, abg nan, dan kebanyakan mainboard ada kt bas ni. mula-mula keadaan bas memang la senyap. mana taknye, baru nk gerak, dah berenti kat ulu bendul untk makan. incek fendi telah berjaya mengoder makanan kami di situ. tapi apabila bas meneruskan perjalanan untuk pulang ke UIA, keadaan mula riuh. mungkin sbb sume dah kyg n br ada energy untuk buat kacau.

kekacauan dimulakan dengan 'cikgu' yang katanya pening kepala n rasa nak muntah. aku kata dalam hati,
"seluar je rock, tapi hati kumtum. baru turun bukit putus 3 lap dh rs nk muntah. kire ok gak la ada org 2 yg dulunya bwk bekal asam, tapi skrg dh ok.." aku senyum sorang.

rupanya2 cikgu mmg rock. die cube meng"cover" kepeningannye dengan ber pantun...
pantun die mmg dasat! xde jual kat kedai beskal ataupon kedai kek...


"gunung daik bercabang tiga, ambil jentera tarah." kata cikgu

semua orang gelak sakan... mmg tak beringat punya gelak.

kemudian muslih "si tukang karut" pulak tak puas ati.
aku dapat menelah kata hatinya yg berbunyi seperti ini,

"mane boleh jadi budak junior lagi glamer dr kawe ni" kata muslih dengan cemburu hati.

die pun mengajak si budak jr. ni berlawan pantun.

tapi sayang.. muslih kalah 14 berbalas 0.

antara pantun2 lain yang tkeluar dari mulut seorang bakal cikgu itu lagi... haa..

1- pisang emas dibawa belayar, kalau tunggu lama2 nnti buruk
2- pecah kaca pecah gelas, kalau terpegang nanti luka

dan macam2 lagi...

lepas sesi pantun yang ternyata kekalahan berpihak pada muslih. muslih langsung tidak berpuas hati.

die nk lawan karut plak... lawan karut dlm bentuk pantun "rasa sayang hey".

pergh... kali ni aku terkagum.
muslih berpantun dengan selamba..
cm xpayah fikir..

dorang main jual beli pantun dengan tema 'sesuka hati'. mula2 muslih versus cikgu. cikgu dah tinggal nyawa2 ikan. pantun 4 kerat bukan untuknya. die menyerah kalah.

then muslih lwn amir plak. katanya, amir tukg karut the 2nd utk sutra pawana. so pertandingan diteruskan. tapi malangnya, amir pon kering idea.

maka ptg itu, muslih berjaya membuktikan bahawa dia adalah tukang karut termacho didalam bas itu. semua gembira. aku pon. pantun die, walaupon byk yng xkene rhymenye. tp idea die mmg best! terbaik dari ladang.

tahniah budak2 dikir yg telah menceriakan bas untuk pulang ke UIA. semoga kite berjumpa lagi. (hehe.. mcm la dh blah dr UIA)

p/s: ble dh nk smpai UIA, zul pun xnk kalah, die duk nyanyi lagu2 boyband dgn fendi n wira. aku pon join gk.. huhu..

Tuesday, July 7, 2009

sambungan lagi.. ni last!!

Sacara semi-auto aku terbayang peristiwa seorang makwe pakai dress bunga-bunga, bertudung hitam-pink sedang naik ke pentas dan menerima sekuntum mawar merah dari bos penganjur pertandingan. Mukanya sebiji macam aku dan bunga tu pun sama macam yang dekat dalam beg aku tu.

“Eh, aku la tu!” cakap sorang-sorang lagi. Tak siapa dengar.
Ini bermakna….

“Ciss!! Baru aku nak perasan kat orang ramai yang ni bagus! Rupa-rupanya…. Tipah tertipu!” Aku masih berkata-kata dengan hati.

Apa gila, penganjur fikir aku layak untuk jadi pemenang? Aku patut tau ni dari mula, ini semua muslihat. Tak payah la aku tergedik-gedik hantar mesej kat kawan- kawan yang aku dapat masuk ke peringkat seterusnya. Buat malu je! Intipati cerita dari rakan itu tadi menyebabkan aku start naik histeria.

Kepala mula diserang angin. Tiba-tiba barang-barang di atas meja jatuh ke lantai. Kemudian, baju-baju yang baru sahaja dilipat itu juga mangalami nasib yang sama. Akhirnya, bilik aku bersepah semula.
Dan bila hysteria dah reda beberapa saat kemudian, aku termenung... memandang sekitar bilik dengan wajah sayu..

“Adoi… Bila masa pulak aku nak kemas lagi ni? Siot ar!!! ” Aku cakap lagi. Tapi kali ni, bukan takat kawan sebelah, budak blok sebelah pon boleh dengar.

Penat!

Monday, July 6, 2009

sambungan episode: aku dan pertandingan......

Kata rakan aku 2, ada unsur-unsur politik dalam program ni. Dia terdengar, penganjur memang dah pilih pemenang dari awal lagi. Yang perempuan si Mariana, yang laki pula si Azrai. Mereka berdua ni memang power. Jadi, untuk mengelakkan daripada mereka berdua ni dapat saingan yang hebat, mereka tinggalkan peserta-peserta yang tak berapa bagus dalam pertandingan. Supaya mereka berdua ini akan lebih menyerlah dan dapat ke peringkat akhir dengan bergaya. Malah, siapa yang terkeluar seterusnya juga adalah mereka yang akan memberi saingan hebat. Manakala yang akan mara ke pusingan akhir bersama Mariana dan Azrai pula, adalah peserta picisan yang hanya dipilih untuk melengkapkan acara pertandingan. Lebih kurang macam tu la bunyi cerita rakan tu. Aku tau, dia dapat hamper malam tadi. Tapi aku rasa logic juga hujah beliau. Mana taknya, keputusan malam tadi memang mengejutkan. Beberapa peserta ‘favourite’ yang sering menyerlah telah tersingkir. Ideologi rakan ini dapat menerobos ke minda dan mempengaruhi aku.

Semasa teringat akan cerita dari seorang kawan itu sambil mengetuk-ketuk bakul sampah di tepi tong sampah besar, aku sempat terfikir.
“Owh.. sebab tu la si Alya dan si Fiza, dua peserta hebat macam tu pun tidak mara ke pusingan seterusnya. Mereka jadi mangsa politik rupanya. Tak baik mereka buat macam ni. Aku ni takpe la, bukan reti sangat dengan ape kejadah ni semua.” Aku bersuara dari hati kecilku lagi. Akhir-akhir ni, aku memang mahir bercakap sendirian.

Selepas buang sampah, aku masuk ke bilik semula. Lalu aku ambil plastik sampah yang baru untuk diletakkan ke tempat yang sepatutnya. Bilik aku dah hampir siap dikemas. Hati mula lega. Hajat nak simpan beg baju ke dalam loker. Tiba-tiba mata aku terpaku ke arah poket beg hijau tersebut. Terdapat satu plastic jernih bercorak putih dan berkilat. Di dalamnya… sekuntum mawar merah... Ada bunga mawar merah??

Sunday, July 5, 2009

SARAH menulis...

EPISODE - AKU DAN PERTANDINGAN MENCARI LELAKI DAN PEREMPUAN.

“Haih… akhirnya sampai juga kat bilik ni”. Hati aku berbisik sambil meletakkan beg galas Bodyglove warna hijau dari bahu ke atas lantai di sudut bilik.
Aku perlukan rehat. Tapi bilik dh mcm kene rompak, nak tak nak kene la gagahkan diri mengemas. Lap meja, sapu lantai, buang sampah dan sebagainya.

“Penat.. penat….” Aku bercakap dalam hati lagi. Tiada siapa kat bilik. 2 minggu ni aku tinggal sorang diri. Takde rumate. So, dah terbiasa cakap sorang-sorang.
Sambil-sambil mengemas, aku teringat kejadian dalam pertandingan malam tadi. Meriah sungguh. Semua peserta melaram bagai nak rak. Yang perempuan dengan dress yang macam-macam rupa,memang mengancam. Jejaka plak, tah dari mane la dia orang dapat baju-baju yang dasyat macam tu semua. Sebelum ni, sekor-sekor slebet je, tiba-tiba malam tadi sume dh jadi hensem tahap Johnny Depp.

Tapi malam yang glamour tu, indahnya cuma sementara. Sebabnya, penutup majlis adalah sebuah acara penyingkiran. Rasa semacam je masa atas pentas. Die punya takut memang ekstrim. Aku memang tak letak harapan sangat, tapi perasaan takut ni datang jugak. Tah la, aku pun tak paham. Jadi malam itu, mereka yang berjaya ke peringkat seterusnya dapat sekuntum bunga ros dan yang tersingkir dapat hamper barang-barang ekslusif dari penganjur.

Dalam masih mengemas bilik tu, aku teringat pula pada perbualan dengan rakan se’pertandingan’. Perbualan terjadi sehari selepas majlis penyingkiran.

bersambung....

Thursday, July 2, 2009

Dugaannya

Dugaan menjadi pelajar?

Tak boleh ponteng, walaupon kwan ajak g karaoke.

Dugaan menjadi anak,

kene diam kalau kne marah dgn mak, walaupon tak buat salah.

Dugaan jadi roommate?

Tak leh buka lampu besar tgh2 mlm, walaupon tgn tgh gatal nk maen puzzle..

Dugaan jadi cikgu

Tak leh lempang anak murid, walaupon die ckp ‘ko gemuk’

Dugaan jd manusia

tak leh dengki dengan kawan baik……… walau… apa pon…..

sebab kalo tak… Ko mmg kurang ajar giler!


sygi kwn anda... :)

ni respond kepada Remproblost (faisal)


ada sorg kwan letak gmbr ni kt sini tp tak diceritakan wat happen.. n nk suh aku cite cmne sume ni leh terjadi... mula2 pikir, cite ni dh lame... nape la br nk tnye... isy3...

tp bak kate counterfit "better late then never" so, cite gk la....

cmni citernye......

pada satu hari otomen taro dpt satu forwarded sms dr dewa otomen.

"perhatian semua otomen diatas muka bumi, satu mesyuarat akan dijalankn di stadium bru kat T'ganu. sila siasat sendiri lokasi stadium tersebut. korgkn otomen, takkan tu pon tak reti. Beta(kata gnti diri yg digunakn oleh dewa2 otomen) akan assign tugas2 baru yang lebih menarik untuk anda semua bg pemerintahan bru yang akan bermula tak lama lagi. jadi, tolong datang dengan wajah ceria"

lebih kurg gitu le bunyi smsnye.

tp tanpa disedari, setiausaha dewa tersebut trsalah anta sms ke kpd seekor leftenan muda kerajaan raksasa.

jadi, leftenan muda yang bru je ditauliah ini dengan pantas pergi seorang diri dengan memasang niat untuk menyerang tempat meeting tersebut.

apabila raksasa itu smpai, kelihatan otomen taro sedang isap rokok diluar stadium, (die tgh thn marah kenapa otomen tiga dpt jawatan prep n tech, die nk jwatan 2 sbb nnt leh tunjuk kuat sambil angkat projektor kt makwe2 otomen yg laen.) lalu apabila raksasa dan bertembung dengan otomen, yg tgh hangin satu badan plak 2.

Kabooommm!!!! terjadilah pergaduhan yg dasat.

seluruh Malaysia terkejut dengan kejadian tersebut. tapi Wartawan malaysia tak dapat gmbar kejadian kerana mereka tak efficien buat keje. sbb 2 gmbr ni takde dlm mane2 sokaba malaysia.

cuma wartawan uganda je dapat gmbar ni, atas ikhsan die sebarkan kat internet.

jd, sbb 2 la stadium tu hancur. pertempuran saga antara otomen taro n leftenen muda raksasa. serius xde kene-mengene dgn poket2 yg dimusukkan dengan duit ratus2 juta. wartawan kite ske wat spekulasi.

moral of the stori, nk cite menarik, sile bce sokaba uganda, wartawan dorg mmg terbaik dari ladang.

p/s to faisal: pasni akak xde translate2 dh.. pasni kalo lmbt lg, akak suh bce version uganda je trus.. pandai la bli kamus uganda - BM.

Impian ibarat buih-buih

aku nmpak banyak buih...

Impian ibarat buih-buih. Perlukan usaha untuk menjadikanya kenyataan. Buih perlukan sabun dan air. Sama seperti impian memerlukan usaha dan doa. Tapi buih, perlu dijaga. Ia mudah pecah. Tersalah sentuh, impian juga akan hilang. Aku cuba genggam buih sabun yg besar, tp ia pecah.. macam impian aku.. Impian aku? Aku ada impian ke sekarang? hmm....

tiba2 tersedar dari lamunan...

“ah, siot punya TOP!! Kesan tanah ngan rumput skit camni pon tak leh nk ilang. Iklan je berapi!”

aku tetap meneruskan perjuangan. berus lagi dan lagi dan lagi....

Followers