Wednesday, August 25, 2010

ape dosa sarah?

sarah tengah stadi mlm tu.. ade exam.. yela, musim2 tgh mid-term kn. sarah pon tidak ketinggalan untuk merasai debaran exam bulan2 puasa ni. itu tak penting sangat. dah mmg lumrah hidup pelajar. bukannya tak biasa. dh hampir 4tahun di universiti ni. final sem plak tu. tak ada apa yang nak di hairankn.

cakap pasal puasa. dah hampir setengah bulan ramadhan berlalu. tapi sarah hairan dengan satu perkara. bulan puasa ini, susah benar dia nak bangun bersahur. padahal, tidur jam 1 atau 2 je. kalau di rumah, boleh pulak dia bangun sahur, siap tlg masak la apa semua. hairan... raihan..

eh, drag... kan cite pasal sarah stadi tadi.. ha! memang berkaitan pon dengan cerita sahur tadi. sarah stadi la... dengan tekun dan sabar. sambil baca note, tgk info kat internet dan sebagainya. tiba-tiba... sarah ter"Overheard" suara rumate beliau sedang gayut dgn mak beliau.

siti (bkn nama sebenar)adalah seorang pelajar jurusan agama, dia jarang ada dibilik. selalunya, dia akan banyak meeting dengan geng suraunya. ye, memang solehah orangnya. malam itu, dia blk ke bilik. (sarah pon pelik)eh, rhymes plak! ok, sambung2..

siti call mak die dengan suara sayu:

"Mok, Che sedih sgt mak.. tak la.. che xkisah tak dapat sahoq, tp yg paling che sedih tu xdapat bangun qiam. tah la mok. che dok pikiaq, che wat dosa apa yang che tak dapat bangun tu. YA LA… DEPA KATA ALLAH TAK KEJUTKAN KITA TU MUNGKIN SEBAB KITA BUAT DOSA KAT DIA. mak.. che sedih betul la mak.. sob3.."

sarah terdiam sambil berfikir, selama die duk kat hostel ni.. berapa hari die bangun, qiam xpyh nk kira la.. niat pon tah ada ke tidak budak sarah tu. Tp yang sahur .. brapa kali dah die ter’missed’??

sah! Mmg byk dosa la agaknya si budak sarah tu…

Astaghfirullah al azim~ sambil sarah kira2 dosanya hari ini.. agaknya, dengan dosa terkumpul beliau hari ini, Allah nak kejutkan dia sahur x?

Astaghfirullah al azim~ sarah trus blah dr notes n g solat jap.

Semoga dosa-dosa kita diampunkan ye sarah.. :)

P/s: Tapi... dengar perbualan orang tu pon berdosa gk kan? isy3.. Sarah… Sarah…

Followers