Thursday, August 23, 2012

Rezeki Allah~

Rezeki di tangan Tuhan.. <---- ayat ni memang semua orang tahu. Dari budak kecil hinggalah setua-tua umat. Dari pengemis ke CEO. Dari Islam ke Yahudi. Aku juga termasuk dalam kategori mereka yang percaya kepada ayat pertama entri ni. Tapi Berkata “aku percaya” dengan betul-betul percaya tu saaangatlah berbeza. Benda kalau nak ‘buat pakai mulut’ ni memang senang. Cakap je la, buat ke tidak tu belum tentu. Dalam hal rezeki ni, nak kena betul-betul percaya. Bukan percaya semata, kena usaha juga. Hal-hal rezeki ni, banyak sebenarnya. Makanan, keputusan peperiksaan yang cemerlang, pekerjaan yang baik dan lagi satu ialah jodoh. Jodoh ni pun satu cabang rezeki. Kan? Kadang-kadang aku kata percaya jodoh tu ada tapi tetap tak dapat hidup tenang bila fikirkan siapa dia? bila nak muncul? dekat mana? ergghhh!! Tekanannn! Tekanan dia tu sampai terlupa, rezeki yang lain-lain Allah bagi ‘berdesup’ je. Tak ada limit. Pernah kau berhenti bernafas? Pernah tak dapat makan? Pernah Mak Abah berhenti sayang kau? Duit, pernah merasa tak ada duit langsung (dan tak ada tempat nak pinjam)? Jawapan aku, tak pernah.. Semua REZEKI ni Allah bagi free je, walau seberapa banyak dosa pun yang dilakukan setiap hari. Jadi apa kata beritahu minda bahawa rezeki Allah yang ada depan mata ni terlalu banyak untuk dikecapi, nikmati dulu, bersyukur sebanyak-banyaknya dulu. InsyaAllah rezeki yang dari cabang lain akan muncul. Jodoh = Rezeki tu di tangan Tuhan kan.. Bab rezeki-rezeki ni mana boleh semudah ini kan? ;)

Followers