Thursday, September 25, 2014

Hehehe

Sunday, December 30, 2012

Allah Maha Tahu

Setiap kali terdetik,
setiap walau air setitik
Allah tahu apa kita buat
Dia sentiasa beri alamat
Walau sejauh mana tesimpan
hingga ke dasar lautan

Allah maha Tahu
Dia mahu kita tahu yang Dia sentiasa ada bersama kita dengan kuasanya..
Jadi, usaha doa dan tawakal...

p/s: dalam lipatan qalbu

Thursday, August 23, 2012

Rezeki Allah~

Rezeki di tangan Tuhan.. <---- ayat ni memang semua orang tahu. Dari budak kecil hinggalah setua-tua umat. Dari pengemis ke CEO. Dari Islam ke Yahudi. Aku juga termasuk dalam kategori mereka yang percaya kepada ayat pertama entri ni. Tapi Berkata “aku percaya” dengan betul-betul percaya tu saaangatlah berbeza. Benda kalau nak ‘buat pakai mulut’ ni memang senang. Cakap je la, buat ke tidak tu belum tentu. Dalam hal rezeki ni, nak kena betul-betul percaya. Bukan percaya semata, kena usaha juga. Hal-hal rezeki ni, banyak sebenarnya. Makanan, keputusan peperiksaan yang cemerlang, pekerjaan yang baik dan lagi satu ialah jodoh. Jodoh ni pun satu cabang rezeki. Kan? Kadang-kadang aku kata percaya jodoh tu ada tapi tetap tak dapat hidup tenang bila fikirkan siapa dia? bila nak muncul? dekat mana? ergghhh!! Tekanannn! Tekanan dia tu sampai terlupa, rezeki yang lain-lain Allah bagi ‘berdesup’ je. Tak ada limit. Pernah kau berhenti bernafas? Pernah tak dapat makan? Pernah Mak Abah berhenti sayang kau? Duit, pernah merasa tak ada duit langsung (dan tak ada tempat nak pinjam)? Jawapan aku, tak pernah.. Semua REZEKI ni Allah bagi free je, walau seberapa banyak dosa pun yang dilakukan setiap hari. Jadi apa kata beritahu minda bahawa rezeki Allah yang ada depan mata ni terlalu banyak untuk dikecapi, nikmati dulu, bersyukur sebanyak-banyaknya dulu. InsyaAllah rezeki yang dari cabang lain akan muncul. Jodoh = Rezeki tu di tangan Tuhan kan.. Bab rezeki-rezeki ni mana boleh semudah ini kan? ;)

Thursday, January 26, 2012

Hah?!

Delaila: Sarah, ada orang cari kamu.

Sarah: Siapa? Hensem ke tak?

Delaila: Ntah, dia tanya apsal kau senyap sangat. Aku pun pelik, bila masa kau senyap.

Sarah: Aku ada peminat rupanya. (tersipu-sipu)

Aku: cett! perasan punya budak sarah!

Friday, January 6, 2012

Itu hari tu la...

Pagi yang tak berapa tenang..
nak pergi kerja, train ditunda lagi...
tunggu je la..

Tapi, kali ini aku tak rasa bosan sangat..

Hp nyanyi-nyanyi lagu yang dah dipotong..

aku senyum-senyum..

dan bila sampai tempat keje, turun LRT je terus rasa cm nak speaking...

It feels like a sweet morning breeze of a working day... Refreshing.. Almost make me fall in love~

Tapi macam aku cakap awal-awal tadi la,

itu hari tu...

Sunday, December 18, 2011

Hati yang curang

Sekarang, rasa macam curang pulak...

tapi betul la, bila kita dah suka something, macam jatuh cinta...
then find out that it might not be that compatible or suits you that well,
terpaksa la kita decide to look for something better kan?

hm...

abis tu macam mana??

Bold 4 ke Galaxy S2 ni? hm...

S plus je lah!! murah skit.. hehehe

p/s: hek mu, kumpul je la duit dulu! berangan je la kejenya...

Saturday, November 19, 2011

Teringat balik

dulu aku peminat Linkin Park...

2003;
budak form 4 mana yang tak suka linkin park, dia pondan la kn??

haha



Tah mana la CD dia agaknya... eh jp, masa tu beli cd ke kaset ek??

Followers