Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Monday, June 15, 2009

Tercari-cari

hari itu terlalu sunyi
sepi
tiada bunyi

tapi lena tetap diganggu
bukan kerana lagu
kerana hati yang lugu

racau

kacau

letih

risau

malam kian kelam
suram
wajah terasa membahang
keringat mula menitis

aku
cuba mencari dimana silap
cuba meneka yang mana kurang

dan malam itu

di dalam suram
di dalam kelam
aku bertemu jawapan itu

kenapa malam tiada bunyi
mengapa hati menjadi lugu
penyebab keringat mula menitis

dan..
ketika malam itu masih sunyi
bahang masih membakar

aku bangun
dengan tekad dan malas berbaur
menjejak kaki ke lantai
melangkah longlai

mencari suis kipas..

Followers