Tuesday, September 1, 2009

Rawan

ada awan hitam
berat menanggung air
mananti waktu mencurah hujan
angin semakin kencang
membawa pasir memedihkan

ada awan hitam dalam aku
bila
mentari akan muncul

6 comments:

Sang Saka said...

mana kencana bayu,
mana bahasa berpuput,
larikan awan ini..

awan hitam hodoh silam,
musuh seantero dunia,
pergi!!

usah bermukim di desa ini,
mentari sudah dipenghulukan,
kau tidak diinginkan..

langkasuke said...

tak paham.. haih..

Anonymous said...

ala, nape awan hitam. bukan kau tgh diselimut pelangi ke? =)

kau lebih tau.

tuhan paling tau.

ika gawus said...

sebelum pelangi, kan kene ade awan hitam..
ak xsabar tunggu pelangi..
ak tau, die akn dtg lepas awan hitam ni..
xsaba...

Unknown said...

awan hitam berarak pergi
mahu beri hujan ruang,
selepas datang mentari
pasti pelangi datang.

:)

peche said...

pasir yang berat,
tak mampu diterbangkan angin,
bagaimakah cara mengusir pasir?
penyapulah jawabnya~

Followers