Tuesday, February 16, 2010

jika kamu.. (peringatan)

Jika kamu memancing ikan…..
Setelah ikan itu terikat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu…..
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja….
Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang… .
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…..
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja……
Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingat… ..

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh……cukuplah sekadar keperluanmu. …..
Apabila sekali ia retak……tentu sukar untuk kamu menampalnya semula……
Akhirnya ia dibuang….. .
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat digunakan lagi…..

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya…. .
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. .
Anggaplah ia manusia biasa.
Apabila sekali ia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ….akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya…. .

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…..yang pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain….
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan….yang membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba bandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya …..dan menyesal sudah tiada gunanya.

*dpt dr FB seorg kwn..

aku rs peringatan ni sgt bermakna.. :)

P/S: alamak! telupa la nk tulis pasal hal bakar2 rumah ibadat tu.. xckup point lg.. hehe

3 comments:

StingRay said...

kalau tangkap ikan pakai jala?

=p

ayampinko said...

bila kamu mengaku kamu manusia...
bertindaklah sebagai manusia yang berguna..
jangan kamu menjadi manusia yang berdusta.. berduka.. dan sia-sia..
kerana kamu sama saja seperti ungka.. di atas sana..bergayut gembira..

assalamualaikum..

Anonymous said...

benar ini sangat benar

Followers