World Cup- Espana 1982
(tq bro. Dingin dan Bro. Axel)
Bola sepak? aku cerita pasal bola sepak? Ya.. aku sebenarnya seorang peminat bola sepak. Fav team EPL Man Utd. Kalau World Team ikut peredaran zaman. Tahun ini aku belum pilih lagi. Tak perlu serabut sangat, ada dua minggu lagi untuk membuat pilihan.
eh? Aku nk cerita pasal World Cup tahun 1982? Aku lahir pon thn 1987. 5 tahun selepas Piala Dunia Sepanyol itu. Tapi aku terbaca something yang menarik dari Laman Web Rasmi Bola Sepak Dunia: Sokernet. Kenyataan yang mengharukan. Dalam bahang semua pasukan dalam menjalani persiapan Piala Dunia tahun itu…
Dari kejauhan… di hujung benua Asia. Di sebuah negara yang masih memegang kuasa pengeksportan getah dunia, seorang lelaki menatap akhbar dengan wajah yang kecewa. Tahun itu, Kementerian Penerangan tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan bagi kos siaran langsung Piala Dunia 1982.
Mungkin kerajaan mahu berjaga-jaga ekoran kos pilihan raya umum 1982, ataupun mungkin juga perbendaharaan sudah berkurang kerana gigihnya kerajaan melaksanakan Projek Serbuan Subuh, membeli semua saham Guthrie (setelah diperbetulkan oleh seorang pembaca)di pasaran saham negara penjajah. Mungkin juga kerajaan tidak mahu adanya judi sukan.
Tidak seperti kebanyak peminat-peminat bola sepak yang lain, yang membungkam dan kecewa, lelaki yang itu pantas mencapai kertas dan pen. Dia mahu berbuat sesuatu. Biarlah kerajaan dengan masalahnya. Biarlah rakyat yang lebih gemar di kebun koko dan kelapa bergelumang dengan nyamuk, tetapi dia tetap mahu siaran langsung Piala Dunia 1982. Tidak mungkin dia sekadar duduk sambil mengharap Dr. Mahathir membuat sesuatu. Tidak mungkin....
Lalu pada suatu hari yang indah, sebuah akhbar menyiarkan surat lelaki itu. Sekiranya kerajaan tidak ada wang, jadi biarlah kita rakyat Malaysia yang menyumbangkan wang. Entah daripada mana semangat itu datang, tanpa mengira kaum, agama dan parti, kesemuanya menyokong cadangan itu. Satu dana dibentuk, curahan wang datang mencurah-curah. Semuanya demi Piala Dunia 1982.
Jauh sebelum 1 Malaysia direka, rakyat Malaysia sudahpun bersatu. Hampir dua juta sudah terkumpul namun ia masih jauh daripada sasaran. Kalo xsilap Bro Axel (tuan punya cerita) ada 6 (betulkan jika aku silap) perlawanan yang terpilih sahaja ditayangkan. Memandangkan jumlah wang yang dikumpulkan pada peringkat awal tidak mencukupi. Pemilihan lebih berkisar pada perlawanan 'group of death' sahaja
Dana ini sebenarnya masih tidak mencukupi. Tetapi di saat beremosi itu, akhirnya pada peringkat separuh akhir, salah satu syarikat rokok telah bersetuju untuk menampung dana tersebut dan rakyat malaysia sudah tidak perlu lagi menghimpunkan duit untuk menyaksikan pertandingan piala dunia lagi..
Pada 13 Jun 1982, beberapa minit sebelum perlawanan sulung Argentina menentang Belgium, pada saat semua televisyen dunia dikuasai iklan para penaja, di televisyen Malaysia terbit satu rangkaian kata-kata penuh keramat.... SIARAN LANGSUNG DITAJA OLEH RAKYAT MALAYSIA.
Pada tahun 1982, rakyat Malaysia akhirnya mampu melihat bagaimana barisan penuh bakat Brazil tumpas pada permainan penuh disiplin milik Itali. Pada waktu yang sama harapan rakyat Malaysia bagi melihat kebangkitan Algeri berakhir dengan kontroversi. Austria dan Jerman dituduh berkonspirasi menidakkan peluang Algeria, negara kecil yang membuatkan penduduknya histeria.
Pada tahun itu jugalah rakyat Malaysia dapat melihat secara langsung perlawanan terhebat piala dunia 1982, Jerman Barat seri tiga sama dengan barisan yang dikemudi pemain penuh inspirasi Michel Platini, yang akhirnya, impian Platini lebur kerana penalti.
Pada waktu itu jugalah buat pertama kali rakyat Malaysia melihat kelibat bakal legenda dunia, Deigo Maradona yang diberikan kad merah kerana darah mudanya. Dan pada tahun itu jugalah rakyat Malaysia melihat kelincahan pemegang kasut emas Piala Dunia 1982, Paolo Rossi membenamkan Jerman pada perlawanan akhir.
Namun, pemenang utama Piala Dunia 1982 adalah rakyat Malaysia.
2 comments:
=) susah nak dapat semangat tu sekarang, judi oh judi~
kn.. org dulu2 snggup bg duit dorg skit utk same2 tgk bola.. skrg, ble dh senang nk tgk bola.. judi plak yg jadi tumpuan.. ape kes?!
Post a Comment