Friday, July 2, 2010

Kesian Abdul

Haih~

“Penatnya..!” keluh Abdul sampai terbongkok badannya setelah sampai di muka pintu rumah beliau.

“Mak... oh… Mak! Saya dah balik ni.” Abdul menjerit pula. Dia terlupa membawa kunci rumah gara-gara kelam-kabut keluar tempoh hari.

Pintu dibuka. Seorang wanita yang kelihatan seiras dengan Abdul (cuma ada ‘sedikit’ perbezaan), Puan Halimah, membuka pintu.

“ye? Anak cari siapa?” Pn. Halimah melihat Abdul dengan mata sembap dan merah. Eyebag jelas kelihatan di bawah matanya, seperti orang yang menangis dan tidak tidur semalaman.

Abdul hairan. Kenapa ibunya sendiri tidak mengenali dirinya? Sampai hati maknya itu. Baru sehari dia tak pulang dia sudah pun dilupakan. Lebih kurang begitulah kata hati Abdul yang kepenatan setelah bersusah payah keluar dari perangkap yang hampir-hampir meragut nyawanya. Bukan dia tak tahu berenang. Tapi air dari perangkap itu seakan berasid dan sangat memedihkan kulit dan matanya.

“Erm, boleh makcik tolong?” Mak cik Halimah bertanya Abdul lagi, lalu menyedarkan Abdul dari flashbacknya.

“Mak, ni Abdul la. Sampai hati mak tak kenal anak sendiri. Baru sehari Abdul tak balik, mak dah tak ingat Dol?” Kata dengan nada meminta simpati. Matanya sudah berkaca-kaca. Sebak hatinya diperlakukan begitu.

Terdengar saja Abdul berkata sedemikian, Puan Halimah bertukar watak. Dari peramah, kepada bengis.

“Kau jangan tiba-tiba mengaku sebagai anak aku. Aku tau, kau sengaja mengaku sebagai Abdul untuk merasai kemewahan dalam keluarga aku kan? Pergi kau dari sini! Aku tak suka orang yang aku tak kenal asal usulnya!” Kata Puan Halimah menghempaskan pintu.

Baaangg!!!!

“Mak… Ni Abdul mak.. Abdul anak mak… percaya la mak.. ni Abdul mak..” Abdul mengetuk-ngetuk pintu rumah. Dia sudah teresak-esak menangis. Kesedihannya sudah tidak terbendung lagi.

Puan halimah. Seorang wanita bekerjaya yang memang terkenal dengan kekayaan keluarganya. Arwah suaminya adalah ahli arkeologi yang terkenal di Afrika Selatan. Malangnya, dia meninggal dunia kerana terjatuh didalam gaung sewaktu melakukan penyelidikan di Bukit Mendi, Pahang. Mujur dia meninggal di tempat tumpah darahnya. Kalau tidak, susah juga nak cari perkuburan Islam di Johannesburg tu. Suami Puan Halimah yang merupakan bapa Abdul itu meninggal dunia ketika Abdul berusia dua bulan.

Oh ye, berbalik kepada puan Halimah yang sedang marah itu. Beliau juga mempunyai satu keburukan yang tidak dapat dibuang sejak dari muda, sampai la ke tua. Dia sangat racist. Dia langsung tidak boleh menerima orang yang berlainan bangsa, bahasa, mahupun warna kulit. Dan itulah yang berlaku apabila dia melihat Abdul yang sudah kelihatan berbeza dari kulitnya. Sudah la dia risaukan anak kesayangannya yang hilang entah ke mana. Tiba-tiba ada orang asing mahu mengaku sebagai anaknya. Memang meluap-luaplah marahnya. Boleh tahan baran juga mak datin ni.

Abdul sendiri tahu perangai maknya itu. Dia tahu, dia takkan dapat masuk ke rumah dengan keadaannya yang ‘begini’. Dengan perasaan sedih, dia membawa diri keluar dari pagar rumah mewah milik keluarganya itu. Setelah seharian dia begelut didalam telaga maut itu, dan akhirnya berjaya keluar dari perangkap air yang memedihkan itu, tak disangka dia akan di buang oleh keluarga pula. Hatinya sayu. Mengapalah nasib yang malang ini menimpa hidupnya. Tapi Abdul akur. Mungkin takdir ini akan membawanya ke satu tempat yang lebih baik dari sini. Abdul meneruskan perjalanan tanpa tujuan.

Kesian Abdul.

Nota pengarang:

Cerita ini diilhamkan dari insiden saya menyelamatkan seekor cicak yang terperangkap didalam mug berisi air punch terlebih sirap bikinan adik saya, pada suatu pagi. Kalau tak silap, air punch itu diminum oleh adik saya yang satu lagi pada malam sebelumnya dan terbiar semalaman. Minah tu tak abis minum dan tak basuh cawan. Lalu seekor cicak terperangkap. Bila saya lepaskan, cicak itu masih hidup. Tapi dia dah bertukar menjadi warna pink gara-gara warna air punch terlebih sirap itu. Hahaha. Comel!!

Lalu saya terfikir,

“Kalau cicak ni balik rumah, mesti mak dia tak mengaku anak”. Getus hati saya. Lalu saya terfikir untuk menulis cerkon ini. Sesi mencuci pinggan saya hari itu menjadi ceria kerana insiden lucu itu. Time kasih la ye adik-adikku. :D

No comments:

Followers