Monday, May 9, 2011

Sarah dah ada kawan baru??

Sarah baru nak buat nescafe. Pukul 11.30 baru nak minum pagi. Biasa lah tu, belum mula kelas. Bermalas-malasan selepas kemas bilik yang ditinggalkan dua minggu memang best. Bilik tengah cantik dan bersih la katakan.

“Sini haa mak bilik eh.. Kak cik, lotak an beg Along kek situ..”
Suara dari balik pintu.

Dekat, tapi sayup.

“ Boghek eh lak aih.. Along bawak apo dalam beg ni? Lain kali angkek sendighi. Tak koso nak angkek laei doh!”

“ Kok nak tolong, cubo ikhlas, tak nak angkek, tak payah. Along buleh angkek, dengan acu. Kan Acu kan?” Jawab suara yang mula-mula bersuara tadi.

“Aah! Acu iklas tolong Along.” Kedengaran suara kanak-kanak pula.

Sarah letak mug Winnie the Pooh pemberian anak muridnya dia atas meja dan terus menuju ke depan bilik.

“Yess! Roomate baru sudah datang.” Detiknya dalam hati, lalu membuka pintu.

“Assalamualaikum” Sarah bagi salam + senyum + buka pintu.

“Waalaikumsalam” jawab si kecil yang sedang memeluk teddy bear yang sama besar dengan dirinya. Dia ketawa.

“Patutnya, kita yang bagi salam.” Kata ci kecil itu lagi.

“ Tak apa, sama je la Acu.” Kata seorang gadis bertudung pink cair kepada adiknya itu.

“Waalaikumsalam. Saya Munirah, baru pindah blok ni.” Sambil menghulur salam dan tersenyum. Manis orangnya. Lemah lembut.

“Saya Sarah, sejak azali saya duduk kat blok ni.” Balas Sarah dengan perangainya. Mereka ketawa kecil.

Ketawa kecil yang bakal bakal membawa angin sepoi-sepoi bahasa dalam hidup sarah lepas ni.

Sarah dah ade kawan baru. Kawan? Boleh ke budak sarah ni berkawan? Boleh rasanya. Sarah kata dia rasa cam ada something kat Munirah ni.

Munirah Abd Rahim. Budak kos TASL. Ustajah, Sarah panggil dia. Cantik, mata bulat. Pakai tudung bidang besar. Sangat comel. Tapi ada sesuatu dalam matanya.

Sarah telah mendapati ada unsure-unsur detektif dalam dirinya yang sedang meronta-ronta untuk keluar.

Sabar Sarah.. tak kemana jiwa ditektif kau tu. Kasi la budak tu rehat dulu.. tak mau kacau, tak mau!

Tak tau la ape budak Sarah nak buat dengan Munirah ni. Haih.. Sarah.. Sarah.. Bila nak berubah la agaknya..

3 comments:

Azree Ariffin said...

Ya Allahhh.. nakalnya si sarah ni yer. tak sabar nak tahu apa rancangan si sarah ni. huhu.

Daus said...

sarah insyallah la,jgn rosakkn bdk tu hehe

ika gawus said...

hahaha... sarah dh cite dh.. mmg ade smtg... tp nnt dulu.. xsempat nk tulis...

Followers