Thursday, April 14, 2011

Rukun Iman

Hari ni Cik Ika asyik repost entry lama je kn.. Rasa macam tak aci plak.. okla.. Cik Ika buat entry sikit untuk dikongsi bersama..

Masa tadika, ingat tak kita kena hafal... Rukun Islam.. Rukun Iman.. Rukun Sembahyang... Rukun Haji blaja masa sekolah rendah kot.. kan? kan?

Kali ni Cik Ika nak borak pasal Rukun Iman...

Tahu kenapa Ia dpanggil Iman? Iman tu maksudnya percaya, dengan yakin dalam hati..

Dan akhirnya Cik Ika dapat relate, kenapa dalam rukun iman tu semuanya dimulakan dengan percaya...

(1) Percaya kepada ALLAH SWT
(2) Percaya kepada Malaikat-malaikat
(3) Percaya kepada Kitab-kitab
(4) Percaya kepada Rasul-rasul
(5) Percaya kepada Hari Kiamat
(6) Percaya kepada Qada dan Qadar

Sebab Iman itu maknanya percaya.. Dan kenapa Rukun Iman itu sangat-sangat penting? Dari tadika dah kena belajar. Sebab itu yang menentukan untuk apa kita hidup.
Macam mana Cik Ika tengok benda ni?

Rukun Iman ni la yang menentukan arah kehidupan kita. Siapa kita, apa matlamat kita hidup di muka bumi ni. Allah itu Pencipta kita. Apa sahaja yang kita buat harus berpaksikan-Nya. Kita harus percaya Allah itu wujud dalam semua perbuatan kita. Cik Ika ni pun bukannya perfect, tapi sekadar ingatan bersama dan pedoman.

Dengan menghayati Rukun Iman ni boleh mambawa kita ke satu ketenangan di mana kita akan rasa hidup ini ada tujuan dan matlamat yang perlu kita tuju.

Kecik-kecik dulu hafal je kan.. dah besar cmni baru Cik Ika leh relatekan..
Alhamdulillah sempat sedar. Kalau tak, bazir je ustazah ajar. hehe..

Selamat Beriman Rakan-rakan...

Hepi Blogging! :)

No comments:

Followers