Sunday, April 3, 2011

homo? ewe!!

Korang ada kawan homeseksual? Waah… trus shoot tnya cmtu kn? Hehe

Aku bukan apa, cume terfikir, apa reaksi aku kalau aku ada kawan homoseksual?

Pendapat… Ini sekadar pendapat peribadi ye.. tak ada kena-mengena dengan sesiapa.

Seorang yang homoseksual itu jangan dipandang hina atau jijik. Aku Cuma leh bayangkan dia ada kekurangan. Maka, takkan sebab dia mempunyai kekurangan dia perlu disisih. Sebagai contoh, aku berkawan dengan seorang lelaki ni sejak sekolah, belajar, lepak makan minum bersama-sama dengan kawan lain. Tiba-tiba dia mengaku dia homoseksual, ataupun bahasa senangnya gay. Alamak! Semua orang mesti akan ‘freak out’.

Jadi, mungkin aku akan fikir macam ni. Anggap kekurangan dia ni mcm kekurangan biasa. Contohnya anggap gay tu macam jongang. Kalo kawan kita jongang, kita akn sisihkan dia ke sebab kekurangan tu? Tak kan? Sebab ape? Sebab jongang dia tu tak kacau orang kan? Jadi adakah ke’gay’an kawan kita tu kacau orang? Ada banyak yang kita tak faham dgn orang-orang yang mcm ni.

Dari menghina dia dan sisihkan dia yang hanya akan menyebabkan die jadi lebih jauh dari kita atau dari masyarakat. Dan memungkin mereka buat perkara-perkara yang lebih teruk, kita boleh tolong mendoakan dia andai kita tak boleh nak tolong secara terang-terangan. Ye lah, kita perlu ada ilmu kalau nak cakap pasal benda-benda macami ni kan. Jadi, jangan menghina, jangan disisih kawan yang macam ni. Sebaliknya cuba dekati, fahami dan mendoakan bahawa satu hari nanti dia akan berubah. Kan lebih baik dari bermusuhan.

Hanya sedikit perkongsian dari apa yang aku terfikir lepas shooting Suara Untuk Tuhan haritu.:)

No comments:

Followers