Wednesday, April 13, 2011

Penumpang Ladies Coach punya kisah.....

Episod: OMG!!

Korang pernah Naik Ladies Coach KTM?

PLC sentiasa naek... Selalunya tak ada la masalah sangat... Memang selalu ada lelaki yang naik. Dan PLC selalunya mengutuk mereka dalam hati. Pernah sekali dua je menegur dengan cara baik, dan kemudian mereke keluar dari coach tersebut dan pergi ke coach lain. Alhamdulillah..

Tapi OMG sangat masa mahu pergi ke briefing partime job di KLCC, PLC encounter satu situasi yang sangat menakutkan. Mungkin sebab ni la, jarang kita lihat mana-mana ladies in the coach menegur mana-mana lelaki yang tak sedar diri naik ladies coach tersebut.

Nak dijadikan cerita, petang tu train sedang-sedang padat. Tapi PLC dapat juga la tempat duduk. Macam biasa, ada la beberapa orang lelaki menaiki coach yang sama PLC naik tu. Macam luar biasa ramai pun ada. Ntah la... Biar je la.. Tak kuasa nak tegur. Ramai sangat. Tapi, tiba-tiba... Sedang train menghampiri Mid Valley...

Ada seorang Aunty membuka mulut.....

"Why are you guys in this train ha? This is for ladies only you know!" kata Aunty berbangsa India tersebut. Dia memandang kepada sepasang pasangan yang sedang duduk. Mungkin dia jeles sebab dorang dapat duduk kot.. kikiki... PLC ni! OK2... Pastu, nak tau apa jadi?

"You think this is what country ha??! What the f%$#?!" Jerkah seorang Uncle yang duduk agak jauh dari aunty tersebut. Out of nowhere je dia menjerit.

"Why you think we cannot enter this train? If you think you are that good, go down and tell the bloody KTM people la..!! F&**er! Why are you making noise here? What?? You think you ladies so special huh??" Lelaki tersebut menjerit lagi.

Suasana jadi sepi...

PLC tau, dalam train tu 90% of the ladies sedang menyumpah lelaki tersebut dalam hati. PLC tak tarkecuali. Yelah, makcik tadi tu cuma tegur sikit je. Lepas tu, dia menjerkah tak tentu pasal.. Tak henti-henti pulak tu. Sampai la ke KL Sentral lelaki tu memekak. Banyak pula tenaga dia. Nampak cm dah tua je. Tapi melayan marah macam budak-budak form five kene tahan pengawas!

Sampai KL Sentral, PLC turun. Aunty tu pun turun sambil membuat muka, tak tau la sebab dah sampai, atau sengaja turun sebab tak mahu dengar bebelan 'berdosa' pakcik tua tu. Sebab dia punya memekak tu sampai penumpang-penumpang lelaki lain jadi rasa bersalah dan memujuk pakcik tu. Haih.. Ntah la...

Turun tu, PLC senyum je.. Macam-macam hal!! Sambil terfikir... Apsal la aku tak makan tengah hari dulu tadi.. lapar~

Tapi PLC ada juga terfikir sesuatu... Mungkin pakcik dan makcik tadi tu sebanarnya kekasih lama yang break up sebab bergaduh. Nak tau kanapa PLC cakap macam tu? Sebab mereka dua-dua India, dan pakai baju tone dah nak sama warna.. hehehe

Kisahnya..... Selamat menaiki Ladies Coach, ladies!! :)

No comments:

Followers