Monday, September 19, 2011

Sarah Terasa Hati?

“Astaghfirullah……”

Munirah meraup mukanya yang masih ada sisa-sisa wuduk yang belum kering. Entah kenapa akhir-akhir ni bayangan itu datang. Pisau berkilat yang diletakkan betul-betul pada leher. Kalau digerakkan sedikit saja pun, dah boleh melukakan. Ngeri!

Ah! Senja-senja memang Setan tengah busy buat kerja… detik hatinya.

Duduk di meja belajar lepas solat asar. Maghrib dah makin hampir. Dia perlahankan bunyi laptop. Lagu band favoritenya berganti Surah favoritenya untuk akhir-akhir ni, Surah Dhuha. Damai sikit suasana bilik.

“ Ustajah!!” Suara Sarah memecah keheningan senja.

Eh, ada budak Sarah ni? Ingatkan belum balik.

“ Ye, ape dia?” Munirah jawab dari kompartmennya. Dah tau sangat, sarah mesti tengah membelek muka depan cermin besar tepi pintu. Tengok cermin tu hobi katanya. Budak sekor tu memey perangai pelik, tapi happy tengok dia. Macam tak ada masalah, sesuka hati dia je.

Senyum.

“ Tadi, masa kat tempat kerja ramai orang kata aku budak baru lepas SPM. Umur 18 ke 19 ke.. hehehe.. Maknanya, aku ni nampak muda la kan? Kalau nampak muda, maknanya nampak comel juga la kan??” Sarah ketawa lagi. Bajet comel la tu, gelak macam tu.

Munirah keluarkan kepala dari langsir. Intai perbuatan sarah depan cermin.
Gelak pula.

“Comel? Sape? Kamu??........ hah! Dah azan, nak pergi g musolla level 3. Pergi duluu……” Terus munirah pura-pura tak nak jawab dan laju-laju masuk bilik, ambil telekung dan satu cebisan kertas. Tulisan khat. Warna kuning. Kuning?? Macam-macam Munirah ni.

Dia keluar, Sarah dah masuk kompartmennya. Cepat-cepat kertas tulisan khat tu ditampal.

Patut la aku rasa nak salin ayat ni tadi. Untuk ini rupanya… hehehe Munirah sengih nakal.

“Ni dekat cermin ada nota kecil untuk kamu Sarah. Pakwe kamu yang hensem tu hantar agaknya!” Munirah melontarkan suara ke arah kompartmen kawan baikknya itu. Lalu terus keuar dari bilik f4.2 tersebut.

“Mana mana mana???” matanya tertancap pada kertas yang masih ada kesan gam tu.

Err…… ko perli aku ye Munirah… tp… Betol la tu kan…...” terdiam kejap.

"Eh, Ustajah!! Kejap laa…. Nk ikut jemaah!!”

Selang dua pintu, suara Munirah menyahut. ”Cepat-cepat, dah dengar Kak Huda iqamah dah tu…..”

Munirah senyum lagi.

“Dah agak! Perli pun tak lut. Sentiasa je happy. Kan bagus kalau aku boleh macam dia.. Sarah.. Sarah….” Munirah menghela nafas. Sambil Sarah tergesa-menyarung selipar dan berjalan seiring Munirah. Langsung tak cakap pasal kertas tu, terus turun bawah.

Dan kertas itu terlekatlah pada cermin.. InsyaAllah sepanjang sem untuk menyaksikan apa la yang akan berlaku kepada dua sahabat yang sedang cuba untuk saling mengenali.



** Gedebuk!!!

"Opocot mak kau!! adeehh...."

"Eh, Sarah, kenapa lari-lari, kan dah tergolek.. isy!!"

Tuesday, May 10, 2011

Free header by Keiseichi



sangat la baik hati si keineichi ni... nk tlg buatkn banner.. kita ni dah la xreti kn.. mcm org mengantuk disorongkn bantal..
ni detail yg diperlukan... hehe


nama blog: Ape Kes?!

size: xtau.. buat la cmne pong...

warna: ikut la.. aiman xkisah.. hehe

ayat: ape yang dirasa,
ape yang terlihat,
ape yang terjadi...

gmbar: wat cmne pon... hehe

contact: fb la.. http://www.facebook.com/profile.php?id=1130450630

p/s: terima kasih yaa... hehehe..

Monday, May 9, 2011

Sarah dah ada kawan baru??

Sarah baru nak buat nescafe. Pukul 11.30 baru nak minum pagi. Biasa lah tu, belum mula kelas. Bermalas-malasan selepas kemas bilik yang ditinggalkan dua minggu memang best. Bilik tengah cantik dan bersih la katakan.

“Sini haa mak bilik eh.. Kak cik, lotak an beg Along kek situ..”
Suara dari balik pintu.

Dekat, tapi sayup.

“ Boghek eh lak aih.. Along bawak apo dalam beg ni? Lain kali angkek sendighi. Tak koso nak angkek laei doh!”

“ Kok nak tolong, cubo ikhlas, tak nak angkek, tak payah. Along buleh angkek, dengan acu. Kan Acu kan?” Jawab suara yang mula-mula bersuara tadi.

“Aah! Acu iklas tolong Along.” Kedengaran suara kanak-kanak pula.

Sarah letak mug Winnie the Pooh pemberian anak muridnya dia atas meja dan terus menuju ke depan bilik.

“Yess! Roomate baru sudah datang.” Detiknya dalam hati, lalu membuka pintu.

“Assalamualaikum” Sarah bagi salam + senyum + buka pintu.

“Waalaikumsalam” jawab si kecil yang sedang memeluk teddy bear yang sama besar dengan dirinya. Dia ketawa.

“Patutnya, kita yang bagi salam.” Kata ci kecil itu lagi.

“ Tak apa, sama je la Acu.” Kata seorang gadis bertudung pink cair kepada adiknya itu.

“Waalaikumsalam. Saya Munirah, baru pindah blok ni.” Sambil menghulur salam dan tersenyum. Manis orangnya. Lemah lembut.

“Saya Sarah, sejak azali saya duduk kat blok ni.” Balas Sarah dengan perangainya. Mereka ketawa kecil.

Ketawa kecil yang bakal bakal membawa angin sepoi-sepoi bahasa dalam hidup sarah lepas ni.

Sarah dah ade kawan baru. Kawan? Boleh ke budak sarah ni berkawan? Boleh rasanya. Sarah kata dia rasa cam ada something kat Munirah ni.

Munirah Abd Rahim. Budak kos TASL. Ustajah, Sarah panggil dia. Cantik, mata bulat. Pakai tudung bidang besar. Sangat comel. Tapi ada sesuatu dalam matanya.

Sarah telah mendapati ada unsure-unsur detektif dalam dirinya yang sedang meronta-ronta untuk keluar.

Sabar Sarah.. tak kemana jiwa ditektif kau tu. Kasi la budak tu rehat dulu.. tak mau kacau, tak mau!

Tak tau la ape budak Sarah nak buat dengan Munirah ni. Haih.. Sarah.. Sarah.. Bila nak berubah la agaknya..

Thursday, April 14, 2011

Rukun Iman

Hari ni Cik Ika asyik repost entry lama je kn.. Rasa macam tak aci plak.. okla.. Cik Ika buat entry sikit untuk dikongsi bersama..

Masa tadika, ingat tak kita kena hafal... Rukun Islam.. Rukun Iman.. Rukun Sembahyang... Rukun Haji blaja masa sekolah rendah kot.. kan? kan?

Kali ni Cik Ika nak borak pasal Rukun Iman...

Tahu kenapa Ia dpanggil Iman? Iman tu maksudnya percaya, dengan yakin dalam hati..

Dan akhirnya Cik Ika dapat relate, kenapa dalam rukun iman tu semuanya dimulakan dengan percaya...

(1) Percaya kepada ALLAH SWT
(2) Percaya kepada Malaikat-malaikat
(3) Percaya kepada Kitab-kitab
(4) Percaya kepada Rasul-rasul
(5) Percaya kepada Hari Kiamat
(6) Percaya kepada Qada dan Qadar

Sebab Iman itu maknanya percaya.. Dan kenapa Rukun Iman itu sangat-sangat penting? Dari tadika dah kena belajar. Sebab itu yang menentukan untuk apa kita hidup.
Macam mana Cik Ika tengok benda ni?

Rukun Iman ni la yang menentukan arah kehidupan kita. Siapa kita, apa matlamat kita hidup di muka bumi ni. Allah itu Pencipta kita. Apa sahaja yang kita buat harus berpaksikan-Nya. Kita harus percaya Allah itu wujud dalam semua perbuatan kita. Cik Ika ni pun bukannya perfect, tapi sekadar ingatan bersama dan pedoman.

Dengan menghayati Rukun Iman ni boleh mambawa kita ke satu ketenangan di mana kita akan rasa hidup ini ada tujuan dan matlamat yang perlu kita tuju.

Kecik-kecik dulu hafal je kan.. dah besar cmni baru Cik Ika leh relatekan..
Alhamdulillah sempat sedar. Kalau tak, bazir je ustazah ajar. hehe..

Selamat Beriman Rakan-rakan...

Hepi Blogging! :)

Wednesday, April 13, 2011

The Legendary Sarah

Episod - Sengal

Hari dah lewat. Dekat pukul 2 pagi. Tapi si Sarah ni tak reti-reti juga ngantok. Pusing kiri, nampak dinding, pusing kanan, tak nampak apa.

"adoi... Bosan! Tak nak tidur lah macam ni. Novel hari tu belum habis baca kan? Mana dia... Mana kamu wahai novel.." Sarah berjaya menukar mood bosan kepada gembira secara berperingkat.

Maka setelah mencapai novel The Gift-Cecilia Ahern di atas meja tulisnya, Sarah terpusing-pusing mencari cermin mata. Almaklum la... Dah malam memang Sarah ni silau. Tengok TV atau melihat skrin komputer memang memedihkan mata dan perlu memakai cermin mata empat segi-bingkai-ungunya itu.

"Hah! Dekat luar.. Kan tengok TV td..." Sarah keluar dari bilik dan terus menuju ke ruang tamu dan mengambil cermin mata di atas meja kopi ruang tamunya.

Sarah tersenyum riang. Balik ke atas katil, dan duduk untuk membaca

"mari baca novel~" hati Sarah berbunga riang.

dengan bismillah sarah membuka novel dan menyarung cermin mata.

"Alahai... siapa punya kerja la yang pegang spek orang tanpa belas kasihan ni.. kabur dah. Sarah buka cermin mata dan lap dengan tshirt nya. Sarah pakai semula speknya itu. Alaaa... Kabur lagi..

"Benci btol!" bentak sarah sambil lap lagi spek itu dengan lebih ganas.

setelah berpuas hati, sarah pakai semula. Pandangan masih kabur.

"Ini sudah lebih.. ade orang calarkan ke spek aku ni???" Sarah berkata sendirian lalu membuka cermin mata tersebut. Membelek sebentar.

Tiba-tiba Sarah bingkas bangun, letak novel dan cermin mata atas meja, tutup lampu, tutup mata.

"eeeiii.... Abah ni... kenapa tiru style spek orang... kan dah salah amik!!"

tak lama lepas mengomel sorang-sorang, Sarah pun tertidur.

hadoiyai.... Sengal la kau ni sarah oi~

Penumpang Ladies Coach punya kisah.....

Episod: OMG!!

Korang pernah Naik Ladies Coach KTM?

PLC sentiasa naek... Selalunya tak ada la masalah sangat... Memang selalu ada lelaki yang naik. Dan PLC selalunya mengutuk mereka dalam hati. Pernah sekali dua je menegur dengan cara baik, dan kemudian mereke keluar dari coach tersebut dan pergi ke coach lain. Alhamdulillah..

Tapi OMG sangat masa mahu pergi ke briefing partime job di KLCC, PLC encounter satu situasi yang sangat menakutkan. Mungkin sebab ni la, jarang kita lihat mana-mana ladies in the coach menegur mana-mana lelaki yang tak sedar diri naik ladies coach tersebut.

Nak dijadikan cerita, petang tu train sedang-sedang padat. Tapi PLC dapat juga la tempat duduk. Macam biasa, ada la beberapa orang lelaki menaiki coach yang sama PLC naik tu. Macam luar biasa ramai pun ada. Ntah la... Biar je la.. Tak kuasa nak tegur. Ramai sangat. Tapi, tiba-tiba... Sedang train menghampiri Mid Valley...

Ada seorang Aunty membuka mulut.....

"Why are you guys in this train ha? This is for ladies only you know!" kata Aunty berbangsa India tersebut. Dia memandang kepada sepasang pasangan yang sedang duduk. Mungkin dia jeles sebab dorang dapat duduk kot.. kikiki... PLC ni! OK2... Pastu, nak tau apa jadi?

"You think this is what country ha??! What the f%$#?!" Jerkah seorang Uncle yang duduk agak jauh dari aunty tersebut. Out of nowhere je dia menjerit.

"Why you think we cannot enter this train? If you think you are that good, go down and tell the bloody KTM people la..!! F&**er! Why are you making noise here? What?? You think you ladies so special huh??" Lelaki tersebut menjerit lagi.

Suasana jadi sepi...

PLC tau, dalam train tu 90% of the ladies sedang menyumpah lelaki tersebut dalam hati. PLC tak tarkecuali. Yelah, makcik tadi tu cuma tegur sikit je. Lepas tu, dia menjerkah tak tentu pasal.. Tak henti-henti pulak tu. Sampai la ke KL Sentral lelaki tu memekak. Banyak pula tenaga dia. Nampak cm dah tua je. Tapi melayan marah macam budak-budak form five kene tahan pengawas!

Sampai KL Sentral, PLC turun. Aunty tu pun turun sambil membuat muka, tak tau la sebab dah sampai, atau sengaja turun sebab tak mahu dengar bebelan 'berdosa' pakcik tua tu. Sebab dia punya memekak tu sampai penumpang-penumpang lelaki lain jadi rasa bersalah dan memujuk pakcik tu. Haih.. Ntah la...

Turun tu, PLC senyum je.. Macam-macam hal!! Sambil terfikir... Apsal la aku tak makan tengah hari dulu tadi.. lapar~

Tapi PLC ada juga terfikir sesuatu... Mungkin pakcik dan makcik tadi tu sebanarnya kekasih lama yang break up sebab bergaduh. Nak tau kanapa PLC cakap macam tu? Sebab mereka dua-dua India, dan pakai baju tone dah nak sama warna.. hehehe

Kisahnya..... Selamat menaiki Ladies Coach, ladies!! :)

Sunday, April 3, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL - BERMULA !




Mahu Join GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL - BERMULA !

ni semua gara-gara cik cleo! hehe

Happy blogging everyone!!

Followers