Sunday, June 21, 2009

ni bukan teka-teki

sarah dan rakan2 baik beliau, fiza dan liya pergi ke satu pertunjukan fesyen..
hari sabtu, 20 jun 2009 mencatatkan sejarah bagi 3 gadis ini kerana kali ni mereka sendiri yang memperagakan pakaian. Bukan baju atau seluar, tapi kasut. penajanya, pergh.... model2 pon terliur ar nk pakai kasut yg mereka meragakan hari itu. macam mana sarah boleh terlibat dengan perkara ini, akan dirungkai dalam episod lain.

apabila ramai yang sampai, mereka diarahkan untuk men'try' kasut yang tersedia. semua kasut sudah separuh tersusun. kata kak rodiah, kasut ini semua perlu disusun mengikut giliran naik kepentas.

"wah, cantik gak kasut aku!" kata sarah di dalam hati apabila terpandang sepasang kasut yang disusun depan sekali antara semua kasut branded di situ.

sarah akan memperagakan sepasang kasut bertumit 4 inci, warna coklat. cantik, tapi mungkin warnanya sedikit malap. tapi biasa la, sarah seorang yang "lantak ar.." dia senyum dan dengan selamba ambil kasut mahal itu untuk di'try'.

"alamak, apsal ketat ni? siot tol ar.." gerutu sarah didalam hati.

walau apa pon sarah masih dengan penuh bergaya dan dengan sikap "lantak ar"nya berkata,
"pakai je ar.. skit je ketatnya pon. sumbat sudah".


Liya, si baik hati yang sedang membantu kak rodiah mencatatkan sesuatu tu pun menyedari keadaan sarah. tapi sarah buat tak tau. alah, simpati pon bukan dapat tukar kasut. dah minta saiz ni, dapat saiz ni la.

"eh jap, ni saiz 37 ke? apsal aku xmuat?" hati sarah bersuara tiba-tiba.
kemudian, sarah sambil membelek2 kasut tiptoe stylo, yang pada perkiraanya, puasa 2 bulan pun belum tentu dapat simpan duit beli kasut macam tu cuba mencari cetakan saiz kasut tersebut. tapi malang, sarah tak jumpa mana letaknya saiz kasut tu.

"ah, btul ar kot". bisik sarah malas nak kecoh-kecoh. biasa-biasa sudah la.

persembahan bermula, sarah dengan yakin memakai kasut yang agak ketat itu. dia masih igt kata-kata kak dayang, jurulatih catwalknya beberapa hari yang lalu..

"kat atas pentas, fikir aje kamu yang paling bagus, orang lain tak bagus" kak dayang memang dapat meyakinkan sarah.

sarah berjalan dengan lancar, menggedik dan senyum lebih kurang, kemudian turun dari pentas yang menyeramkan itu. semua peserta melalui pentas yang sama, bezanya, ada yang bawak selendang, kipas n si liya bawak beg. sarah bawak diri saja. "lantak ar.."

selepas turun dari pentas, dan menunggu orang lain selesai catwalk, sarah buka kasut kerana lenguh. kemudian sarah terpandang nombor 36 di bawah penutup depan kasut itu.
"ler.. saiz 36 rupanya, patuyla tak muat.. lantak ar, dah setel pon." sarah masih cool.

namun jangkaan sarah meleset. rupanya, pertandingan macam ini pon ade kritikan. selepas semua orang "berjalan kucing". semua dipanggil ke atas pentas semula untuk dikritik. sarah menerima kritikan yang pertama.

"sarah.. saya suka awak, you have the confident, u smile, tapi satu je dik, kasut awak 2 nampak sakit, ketat sangat. biar muka ketat dik, jgn kasut ketat, sedar sikit, kaki awak 2 besar, nampak tak cantik. nanti orang tengok, mereka tak nak beli." kata seorang juri yang katanya editor majalah.

sarah gelak je. "lantak ar" sarah memang cool orangnya kan??

tapi setelah ngetahui sesuatu, sarah jadi panas hati.

esoknya, ada bengkel pula. sarah memberitahu seseorang tentang kasut yang semalam digayakan untuk catwalk sebenarnya bersaiz lebih kecil dari yang diminta. kemudian gadis comel itu memberitahu sarah bahawa dia ter"suspek " seseorang. si comel mengungkapkan kata-seperti:

Si 'suspek': comel, kasut ko yang mane?"

Comel: yang ni haa.. (sambil menunjukkan kasut hijau yang simple, biasa-biasa je)

si 'Suspek' : hmm... tak nak lah! (buat muka poyo)

perlukah beliau cakap macam tu? kasut kan dah tersedia, mana boleh pilih nak atau tidak.

tiba-tiba sarah teringat satu kritikan.

"R(bkn nama sebenar), saya rasa kasut awk kelihatan seakan besar sedikit. awak tak nampak tinggi." editor majalah tu juga yang cakap. merujuk ke si 'suspek'. suspek memakai kasut berwarna terang, memang menawan.

sarah bukan marah sangat atau terasa dianiaya, tapi kerana (kalau betul la..) kasutnya ditukar, kritikan menyebabkan sarah jadi semakin kurang berkeyakinan dengan bentuk kakinya.
emos.. emos... tapi masib baik sarah masih ingat taglinenya..

"lantak ar!!" kali ini, lain macam skit intonasinya.

No comments:

Followers