Wednesday, March 9, 2011

dah la tu sarah oi...

kesian tgk si budak sarah ni... dr hrtu, mcm xberapa sht, cm xhepi je...

siasat punya siasat... akhirnye aku dpt tau...
lately, macam- macam ujian yg Allah berikan pd sarah... hamba-Nya yg terlalu lemah itu mencari penawar sendiri.. nk cerita kt orang, malu plak...
lalu sarah google doa n jumpa jumpa la artikel ni... saja dikongsi kot2 ade yg berasa sedih... thanks ye sarah..

sarah kata, die amik dr website ni:

http://www.faridrashidi.com/2010/04/16/penawar-merawat-kesedihan/
by: Farid Rashidi

“Malam adalah masa untuk bersedih..” Tulisan ini membuatkan saya terfikir.

Adakah hari-hari kita harus dilalui bersama perasaan sedih berpanjangan? Apakah takdir ini terbeban ke atas kita sepanjang masa?

Saya yakin, setiap insan di dunia ini pasti pernah merasainya. Kita sedih kerana diperlakukan sesuatu tanpa kerelaan, ditengking, dimarahi, diejek dan dikeji, dihinakan, atau mendapat sesuatu musibah tak dijangka misalnya kematian, kesusahan, kegagalan hidup, sukar mendapat jodoh, kesakitan serta pelbagai rona-rona rasa yang lainnya. Semangat terus lumpuh ke tahap terkebawah.

Ketika saat itu juga, hati kita menjadi rawan berpanjangan, emosi meruntun hiba, sedih bersangatan. Lalu termenung sendiri sambil menyeka air mata yang berjujuran. Air yang dihirup tidak lagi dirasa lazat, tetapi umpama duri-duri yang bercerucuk di kerongkongan. Diri lantas dipersalahkan, bahkan rasa sesal menjadi manusia bermain-main di kotak minda.

Sedangkan Allah SWT telah berfirman:

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”

“Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)

Bagi yang tidak kuat pegangan agamanya, lemah imannya, maka jalan terakhir ialah dengan cara bunuh diri. Nauzubillahhi minzalik. Pada hematnya, cara ini mampu mengurangkan tekanan yang dialami.

Tidak! Kenyataan ini tidak benar sama sekali. Bukan caranya kita bersedih lalu berusaha menjauh diri dari Ilahi atau menempah pintu-pintu neraka.

ADA PENAWARNYA

Setiap penyakit ada penawarnya, kecuali bila ajal mula mendekati – tiada penawar lagi. Justeru, indahnya Islam kerana di sana letaknya tegahan tetapi ada suruhan (bimbingan), adanya penyakit turut bersamanya penawar.

Kerana itu sahabat Baginda apabila merasa runsing dan bersedih hati, mereka langsung mendapatkan motivasi dari Rasulullah SAW agar pencerahan kembara Ilahi jelas tanpa was-was. Mereka segera kembali kepada jalan al-Quran dan Sunnah bukan mengikut telunjuk hati yang rawan ataupun syaitan yang membisikkan kenistaan.

Ayuh! Usahlah terus bersedih, bangkitlah.. jangan jadi orang ‘kalah’ lagi. Hamparkan sejadah, lalu bertawajuh dan menadahkan tangan memohon bantuan dari-Nya. Engkau tidak keseorangan.

Di bawah ini saya selitkan doa merawat kesedihan, cubalah baca dan amalkan.

Terdapat di dalam musnad Imam Ahmad dan sohih Ibnu Hibban, daripada Abdullah Ibnu Mas’ud r.a bahawasanya Nabi Muhammad SAW telah bersabda:




“Tidaklah sama sekali berkata mana-mana hamba apabila dia dilanda kebimbangan (tentang perkara akan datang) atau kesedihan (merujuk perkara yang telah berlalu); (dengan cara berdoa sebagaimana berikut):

Maksud doa: “Ya Allah! Sesungguhnya aku hamba-Mu, juga anak hamba lelaki-Mu (ayahku) dan anak hamba perempuan-Mu (ibuku). Dahiku berada di tangan-Mu (Engkau bebas mengawal dan menentukan arahnya; kebaikan atau keburukan yang ditujunya). Sudah berlalu pada diriku keputusan-Mu. Sememangnya adil buat diriku (apa jua) ketentuan-Mu.

(Justeru), aku memohon kepada-Mu dengan semua nama yang selayaknya buat-Mu; yang Engkau namakan dengannya diri-Mu, atau yang Engkau turunkannya dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkannya kepada salah seorang daripada makhluk-Mu (Nabi Muhammad SAW) atau yang Engkau (sengaja) sembunyikan tentangnya di alam ghaib di sisi-Mu..

Supaya Engkau jadikan al-Quran sebagai musim bunga (berasa tenteram dalam) hatiku, cahaya di dadaku, keluar daripada (belenggu) kesedihan, dan penghilang kebimbanganku.”

Sambungan hadis Baginda SAW:

“Melainkan pasti Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Agung menghilangkan kebimbangannya dan menggantikan buatnya tempat kesedihan tersebut dengan kegembiraan.”

Mereka (para sahabat r.a) berkata: “Wahai Rasulullah! Semestinya ke atas kami mempelajari bilah-bilah kata ini.”

Nabi menegaskan: “Benar! (Bukan setakat kamu; bahkan) semestinya kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya perlu mempelajarinya.”

Janganlah bersedih wahai jiwa, sekiranya engkau beriman kepada Allah SWT, percaya kepada ketentuan qada’ dan qadarnya – hikmah tersembunyi. Jangalah bersedih wahai jiwa yang tenang, kerana bersangatan sedih itu membuatkan dirimu dinodai Syaitan. Janganlah bersedih wahai jiwa yang lara, kerana bersama engkau ialah Tuhan Yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya.

Ingatlah, Allah Yang Satu itulah yang mengobarkan kemenangan insan terdahulu, yang mengatur urusan manusia sebelum-sebelumnya. Malah ada urusan mereka lebih sulit dari kita. Selalulah bersyukur dan mengingati Allah SWT.

La tansa zikrullah.

sedih...

sarah2...

bersabarla wahai sarah...

huhuhu......

Thursday, December 23, 2010

macam-macam ada...

dh bape bulan xupdate??
haa.. tau xpe..
sgt lama kn..
jd bila dh lama tu, maka byk benda la yang berlaku...

1- aku dh lama tak jmpa sarah.. sape2 yang rindu sarah, rilex ek.. mggu dpn aku try wat appointment dgn beliau.. hehe

2- ha! aku dh nk abis blaja.. lagi sikiittt je... bad news blanded with good news= "bood news" :P

3- ada byk sgt pengalaman yang diperoleh dr blaja kt IIUM communication audio lab/studio.. bersama rakan2 yang disayangi dan Sir Joe yg best itu... head of news department IIUM sem 1, 2010/2011.. akn igt sampai bila2.. hehe

4- Masa final exam yang mengharukan... waaahh... sedih~ final paper tu.. rs cm xnk kuar dr main hall.. 'di situlah tmpat bermula'...

5- result keluar, memberi makna bahawa xde lecturer yg nk suh aku g klas dorg again.. alhamdulillah... tp.. huhu~

6- love life?? ah! private ar.... hehehe

7- ha! next post nk tulis pasal ni.. aku cm rs nk blaja jd mekap artis.. suke3!

dan sekarang, aku tgh blogging kt meja berita Selangor FM... hehehe
blogging ye... aku praktikal skrg.. bak kata sesorang, sejak2 praktikal, aku rjin update fb..
ape nk jd ni?? blaja dr senior~ hehehe

ok, skrg aku nk bersihkan sawang2 dalam blog ni...
till then, xoxo goss...
eh! ape kejadah....

bye2~ :)

Wednesday, August 25, 2010

ape dosa sarah?

sarah tengah stadi mlm tu.. ade exam.. yela, musim2 tgh mid-term kn. sarah pon tidak ketinggalan untuk merasai debaran exam bulan2 puasa ni. itu tak penting sangat. dah mmg lumrah hidup pelajar. bukannya tak biasa. dh hampir 4tahun di universiti ni. final sem plak tu. tak ada apa yang nak di hairankn.

cakap pasal puasa. dah hampir setengah bulan ramadhan berlalu. tapi sarah hairan dengan satu perkara. bulan puasa ini, susah benar dia nak bangun bersahur. padahal, tidur jam 1 atau 2 je. kalau di rumah, boleh pulak dia bangun sahur, siap tlg masak la apa semua. hairan... raihan..

eh, drag... kan cite pasal sarah stadi tadi.. ha! memang berkaitan pon dengan cerita sahur tadi. sarah stadi la... dengan tekun dan sabar. sambil baca note, tgk info kat internet dan sebagainya. tiba-tiba... sarah ter"Overheard" suara rumate beliau sedang gayut dgn mak beliau.

siti (bkn nama sebenar)adalah seorang pelajar jurusan agama, dia jarang ada dibilik. selalunya, dia akan banyak meeting dengan geng suraunya. ye, memang solehah orangnya. malam itu, dia blk ke bilik. (sarah pon pelik)eh, rhymes plak! ok, sambung2..

siti call mak die dengan suara sayu:

"Mok, Che sedih sgt mak.. tak la.. che xkisah tak dapat sahoq, tp yg paling che sedih tu xdapat bangun qiam. tah la mok. che dok pikiaq, che wat dosa apa yang che tak dapat bangun tu. YA LA… DEPA KATA ALLAH TAK KEJUTKAN KITA TU MUNGKIN SEBAB KITA BUAT DOSA KAT DIA. mak.. che sedih betul la mak.. sob3.."

sarah terdiam sambil berfikir, selama die duk kat hostel ni.. berapa hari die bangun, qiam xpyh nk kira la.. niat pon tah ada ke tidak budak sarah tu. Tp yang sahur .. brapa kali dah die ter’missed’??

sah! Mmg byk dosa la agaknya si budak sarah tu…

Astaghfirullah al azim~ sambil sarah kira2 dosanya hari ini.. agaknya, dengan dosa terkumpul beliau hari ini, Allah nak kejutkan dia sahur x?

Astaghfirullah al azim~ sarah trus blah dr notes n g solat jap.

Semoga dosa-dosa kita diampunkan ye sarah.. :)

P/s: Tapi... dengar perbualan orang tu pon berdosa gk kan? isy3.. Sarah… Sarah…

Saturday, July 24, 2010

korang ade nampak sarah x?

tadi, sementara duduk2 tunggu masa berlalu,
aku baca la post2 lama..
byk cite pasal bdk sarah..
aah kn, mane la si sarah ni?

dulu aku dh kata kat die,
aku and die mmg kawan sejati..
tp xsangka lepas die dh ade bf ni..
trus lupakan aku..

haih~
sarah.. sarah..
xpe la.. org tgh bahagia kn..
ade masa nnt die cr la aku..
msti pnyelah! leh confirm..
hehe

tersedak2 agknye si sarah sbb aku ngumpat die hr ni..
hehe

p/s: hr tu trnmpk sarah n bf beliau..
ensem gk bfnye.. cm foreigner.. hikhikhik

Friday, July 2, 2010

Kesian Abdul

Haih~

“Penatnya..!” keluh Abdul sampai terbongkok badannya setelah sampai di muka pintu rumah beliau.

“Mak... oh… Mak! Saya dah balik ni.” Abdul menjerit pula. Dia terlupa membawa kunci rumah gara-gara kelam-kabut keluar tempoh hari.

Pintu dibuka. Seorang wanita yang kelihatan seiras dengan Abdul (cuma ada ‘sedikit’ perbezaan), Puan Halimah, membuka pintu.

“ye? Anak cari siapa?” Pn. Halimah melihat Abdul dengan mata sembap dan merah. Eyebag jelas kelihatan di bawah matanya, seperti orang yang menangis dan tidak tidur semalaman.

Abdul hairan. Kenapa ibunya sendiri tidak mengenali dirinya? Sampai hati maknya itu. Baru sehari dia tak pulang dia sudah pun dilupakan. Lebih kurang begitulah kata hati Abdul yang kepenatan setelah bersusah payah keluar dari perangkap yang hampir-hampir meragut nyawanya. Bukan dia tak tahu berenang. Tapi air dari perangkap itu seakan berasid dan sangat memedihkan kulit dan matanya.

“Erm, boleh makcik tolong?” Mak cik Halimah bertanya Abdul lagi, lalu menyedarkan Abdul dari flashbacknya.

“Mak, ni Abdul la. Sampai hati mak tak kenal anak sendiri. Baru sehari Abdul tak balik, mak dah tak ingat Dol?” Kata dengan nada meminta simpati. Matanya sudah berkaca-kaca. Sebak hatinya diperlakukan begitu.

Terdengar saja Abdul berkata sedemikian, Puan Halimah bertukar watak. Dari peramah, kepada bengis.

“Kau jangan tiba-tiba mengaku sebagai anak aku. Aku tau, kau sengaja mengaku sebagai Abdul untuk merasai kemewahan dalam keluarga aku kan? Pergi kau dari sini! Aku tak suka orang yang aku tak kenal asal usulnya!” Kata Puan Halimah menghempaskan pintu.

Baaangg!!!!

“Mak… Ni Abdul mak.. Abdul anak mak… percaya la mak.. ni Abdul mak..” Abdul mengetuk-ngetuk pintu rumah. Dia sudah teresak-esak menangis. Kesedihannya sudah tidak terbendung lagi.

Puan halimah. Seorang wanita bekerjaya yang memang terkenal dengan kekayaan keluarganya. Arwah suaminya adalah ahli arkeologi yang terkenal di Afrika Selatan. Malangnya, dia meninggal dunia kerana terjatuh didalam gaung sewaktu melakukan penyelidikan di Bukit Mendi, Pahang. Mujur dia meninggal di tempat tumpah darahnya. Kalau tidak, susah juga nak cari perkuburan Islam di Johannesburg tu. Suami Puan Halimah yang merupakan bapa Abdul itu meninggal dunia ketika Abdul berusia dua bulan.

Oh ye, berbalik kepada puan Halimah yang sedang marah itu. Beliau juga mempunyai satu keburukan yang tidak dapat dibuang sejak dari muda, sampai la ke tua. Dia sangat racist. Dia langsung tidak boleh menerima orang yang berlainan bangsa, bahasa, mahupun warna kulit. Dan itulah yang berlaku apabila dia melihat Abdul yang sudah kelihatan berbeza dari kulitnya. Sudah la dia risaukan anak kesayangannya yang hilang entah ke mana. Tiba-tiba ada orang asing mahu mengaku sebagai anaknya. Memang meluap-luaplah marahnya. Boleh tahan baran juga mak datin ni.

Abdul sendiri tahu perangai maknya itu. Dia tahu, dia takkan dapat masuk ke rumah dengan keadaannya yang ‘begini’. Dengan perasaan sedih, dia membawa diri keluar dari pagar rumah mewah milik keluarganya itu. Setelah seharian dia begelut didalam telaga maut itu, dan akhirnya berjaya keluar dari perangkap air yang memedihkan itu, tak disangka dia akan di buang oleh keluarga pula. Hatinya sayu. Mengapalah nasib yang malang ini menimpa hidupnya. Tapi Abdul akur. Mungkin takdir ini akan membawanya ke satu tempat yang lebih baik dari sini. Abdul meneruskan perjalanan tanpa tujuan.

Kesian Abdul.

Nota pengarang:

Cerita ini diilhamkan dari insiden saya menyelamatkan seekor cicak yang terperangkap didalam mug berisi air punch terlebih sirap bikinan adik saya, pada suatu pagi. Kalau tak silap, air punch itu diminum oleh adik saya yang satu lagi pada malam sebelumnya dan terbiar semalaman. Minah tu tak abis minum dan tak basuh cawan. Lalu seekor cicak terperangkap. Bila saya lepaskan, cicak itu masih hidup. Tapi dia dah bertukar menjadi warna pink gara-gara warna air punch terlebih sirap itu. Hahaha. Comel!!

Lalu saya terfikir,

“Kalau cicak ni balik rumah, mesti mak dia tak mengaku anak”. Getus hati saya. Lalu saya terfikir untuk menulis cerkon ini. Sesi mencuci pinggan saya hari itu menjadi ceria kerana insiden lucu itu. Time kasih la ye adik-adikku. :D

Tuesday, June 8, 2010

Pink alert!!!

****
3hb Jun 2010
Dalam kereta, menuju ke Rawang. Aku pandang kanan, nampak templer park.
Ain: Beb, ko nk tau x, yang fotografi aku tempah hari tu, sekali dengan mekap tau. 1000 tu, termasuk 2 hari, then outdoor, storybook, sticky album and dorang sponsor mekap untuk nikah. Best kn?
Ain tersenyum riang sambil drive, abg faiz tidur kt seat belakang. Penat shopping.
Aku: wahh.. murah! Menarik tu.. nnt bg no fon kt aku ek..
Then ade la dekat 4 ke 5 km die duk cerita pasal fotografer yg die tempah tu. Aku mendengar dgn taajub. Kawen nnt nk panggil dorang ni gak lah! Kan dah berangan.. ain ni~~

4 hb Jun 2010 (Ain’s nikah day)

Jam dah pukul 5:30. aku sibuk siapkan goodies bag kt depan pintu dapur. 1000 bag dh ade kt dpn aku. Rakan-rakan lain yang sama-sama buat goodies bag ni pon pasrah je meneruskan perjuangan. Dengan muka mamai, mengantuk pulak tu. Mana taknya dr pagi duk mengadap benda ni, tak siap-siap juga. Tapi tak apa, demi perkahwinan sahabat, kami teruskan juga.

~~I wanna find the way to make it without you tonight……~~ lagu Alicia Keys berkumandang.

‘Syahril fotografi’ tertera di skrin.

‘helo..” dengan tak malu aku angkat handfon ain.

Abg fotografer: ain ye? Awak dh mula make-up ke? Sebab saya dh kat area sini. Kalau dah, saya nak datang shoot trus.( Kata encik syaril penuh dedikasi.)

Aku: “eh, make-up artis belum sampai. Xpe, kalau dh sampai, saya kontek abg ye”

dalam hati aku tertanye2.. apsal abang ni tanye? Buka ke ain cakap dorang sponsor mekap? Tapi aku masih tenang. Mungkin fotografer ni punye kakak ke yg sponsor, sbb die kwn ain ke.. mane la aku tau kn.. bukan die cerita detail pon kat aku. Jadi, aku masih bertenang.

Ain leh pulak keluar teman ayah beli barang petang tu. Kol 5:45, blum blk lagi.. kol 6 pon belum.. kol 6:15 baru la dengar suara pengantin sorang tu gelak-gelak dekat ruang tamu.

Ain balik je, trus naik kt bilik cari pengapit kesayangan. Ketika itu, aku tengah baring. Penat seyh.. Stop buat goodies bag sbb telur rebus dh abis. Selamat.. leh rehat.

Then aku bagitau la die, abang fotografi telefon. Dengan pantas ain menelefon abg fotografi tersebut. Aku sambung baring, kasi tutup mata pulak. Tapi… baru nak mula lena, aku terdengar perbualan ain dengan abg fotografi tu. Badan aku mula menggeletar. Peluh dahi dh mula keluar. Ain tutup je panggilan tu, aku trus duduk.
“KO TAKDE MEKAP ARTIS UNTUK MAJLIS NIKAH MALAM NI????” aku tnya sambil membulatkan mata.

“aah…. aku salah faham… igt dorang nk wat mekap…. Rupanye, dorang kata nk datang shoot utk mekap” jwb ain dengan tone suaranye yg ala2 mintak kesian. Nada ni yang aku lemah ni. Takkan nk marah pengantin plak.

Dalam hati aku menjerit. “ Aaaaaaiiiinnnnnnnn…..!!! tapi muka tenang.

Jam dah 6:30. Nikah pukul 8.30. Abang fotografi nak datang lepas maghrib.

Aku cuak. Yang ain panic.

“ err.. Ko mekapkan aku ek?” sedap gigi je minah ni sebut.

Memang aku pernah belajar mekap. And ade je aku mekapkn orang. Tp dalam tahun ni, berapa kali je aku mekap diri aku! Ni kn pulak orang laen. Ni bukan main2 ni untuk majlis nikah!
Jantung mula berdegup kencang. Dalam hati aku, OMG… OMG~~~

“Ok.” Sedap2 lidah plak aku setuju.
Maaakkkk…. Tolong…..!!!

Tiba-tiba, keluar la idea. Tak sia-sia aku slalu join program kt UIA nih. Problem solving skill tu ade la skit.

“Hah! Ko ade internet kn? Mekap ko ade x?” aku tanye pulak.

“ikaaa…. Mekap aku tinggal kt UIA….” Ain wat suara tadi lagi.

Hati aku berbunyi lagi, “hah??! Abis cmne aku nk mekap ko?? Aku mane ade barang mekap. Selalu aku cilok mimi punye je”

Ain call kawan2 nye yang akan datang majlis mlm ni dari UIA. Zaza kata nk grak pas maghrib. Xleh2..

Then ain call nelly. Seb baik die dah nak gerak.. so nelly amik mekap tu dr blk ain dan mintak die bawak ke majlis ni sebelum majlis nikah. ASAP.

Dalam masa yang sama, aku g buka facebook.

“beb, aku ade je kwn2 yang mekap artis. Kalo aku panggil nk?” aku bagi cadangan.

“nnt bajet lagi beb.. ko mekap je la..” ain memintas cadangan tersebut. Chais!

Aku akhirnye mengalah. Bila lagi nak berbakti pada member aku yg sorang ni kn. Baik lah! Inilah masanya.
“beb,dalam beg mekap ko warna ape yang ko ade?” aku bertanya dengan yakin?.
“banyak warna pink!” katanya.

Dengan pantas aku buka laman web video terkemuka, ‘youtube’ dan search pink makeup.

Ada beberapa pilihan. Jadi aku pilih yang simple and doable. Siap salin step2 lagi tu. Ain pasrah je tengok. Disuruh amik pen, die amik, suruh amik kertas, die amik gak. Mau xtak nak, xbermekap la die nikah kang.

Semua ni berlaku dalam 30 min. seb baik streamyx ni lagu. Kejap je dh dapat full step mekap pink campur purple pekat nih.

Jam 6:55 ptg.
“ain, ko dh solat? Mandi? ” aku tanye perlahan.

“blum. Ko?” die tnye plak

“err.. blum gk.” Aku jwb lagi. Sejurus itu, kami berdua trus berlari ke bilik air. Ain ke bilik air depan, aku ke bilik air blakang.

Then aku jerit dari jau, “Ain!! pas mandi solat maghrib, trus g blk pengantin. Kite mekap kt sane!”

******
1 jam setengah sebelum majlis nikah bermula.

Abg fotografer dah dtg. Tp mekap ain dr UIA blum sampai. Jenuh kumpulkan dari ateh, han, usu, n mekap aku.

So, dengan berbekalkan ape yang ade. Aku mula la mekap. Foundation- double the compact- foundation blk??- mekap jadi cair?? OMG! Letak blk compact- abg fotografer amik gambar dh.

“awak memang blajar mekap ke?” tnye abg A. die dari tadi tgk aku dgn muka xpercaya. Ye la. Mana taknye, mak andam sebaya dengan pengantin.

“aah.. saya penah g kursus dulu.” Aku cakap acuh xacuh. Konon2 bz.. padahal xtau nk wat ape dh.. duk tunggu beg mekap ain, nak start buat mata.

Adoiyai.. kejap2 dorg call, zaza sesat. Nelly duk tanye direction.

Hati aku makin nebes! Peluh makin menitik.

Lalu, aku try je guna apa yang ade. Hightlight guna ateh punye shadow.

Flash masih berkelip-kelip dikeliling aku.

“wah.. macam professional ek awak?” kata abg B pula.

Sumpah aku xtau die ckp tu peril ke betol2. Intonasinya mengelirukan. Aku pulak dah makin xtau nk buat ape.. mekap pink sampai2 lagi.

Sambil dua fotografer tu org berbual kejap, aku yang dh makin cuak dan mati kutu berbisik pada ain.
“wei, aku nk buat ape lagi ni? Nk stat wat mata dh ni.. kaler pin xde.. mane dorang xsampai lagi??”

“ala.. ko blasah je la ape2 dulu. Jap lagi sampai la..” sambil tangan ain amik hp dan call nelly.

Rupanye dorang dah sampai. Kol 8 lebih baru set mekap aku lengkap. Aku yang dah hafal teknik mekap youtube td (hafal masa mandi), dengan perlahan-lahan dan tenang mengadun warna ke muka ain.

-Mata-
Highlight all over lid- Light pink at the inner eye corner- fuschia pink to all over lid- mix purple at the crease- black to the crease until outer corner- blend the color smooth-eyeliner (ain letak sendiri)

Klik2.. abg fotografer amik gambar lagi.

ok!

-Pipi-
Shades: darkpurple- blush: pink+light pink (ateh punyer)

-Bibir-
Guna brush gloss: lipstick ain g klas+ gloss ateh

“Done!!” aku berkata riang.

Dengan pantas aku siapkan pula ain dengan tudung, kerrawang, dan, veil.

Ain tersenyum puas. Cantik katanye.. Amik gambar ape semua. Kwn2 pon dh ramai sampai.

Then masa nk turun. Ain las check kat cermin.

“ika! Ko terlupa sesuatu. Mascara!” then ain pandai2 letak sndiri. Aku bukan reti pon. Aku sendiri xpakai natang tu.

Maka siap la ain untuk turun. Dengan perasaan berdebar. Die melangkah ke tingkat bwh. Kedengaran khutbah nikah sudah bermula. Abang faiz sedang menunggu.. dan malam itu menyaksikan ain sah menjadi isteri abg faiz. Dan die kelihatan sangat gembira, terharu dan yang paling penting dialah orang yang paling ayu di malam itu~~ dan aku jadi mak andam yang cuak di muka bumi hari itu.

Ni la hasilnye..

Followers