Sunday, April 3, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL - BERMULA !




Mahu Join GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL - BERMULA !

ni semua gara-gara cik cleo! hehe

Happy blogging everyone!!

homo? ewe!!

Korang ada kawan homeseksual? Waah… trus shoot tnya cmtu kn? Hehe

Aku bukan apa, cume terfikir, apa reaksi aku kalau aku ada kawan homoseksual?

Pendapat… Ini sekadar pendapat peribadi ye.. tak ada kena-mengena dengan sesiapa.

Seorang yang homoseksual itu jangan dipandang hina atau jijik. Aku Cuma leh bayangkan dia ada kekurangan. Maka, takkan sebab dia mempunyai kekurangan dia perlu disisih. Sebagai contoh, aku berkawan dengan seorang lelaki ni sejak sekolah, belajar, lepak makan minum bersama-sama dengan kawan lain. Tiba-tiba dia mengaku dia homoseksual, ataupun bahasa senangnya gay. Alamak! Semua orang mesti akan ‘freak out’.

Jadi, mungkin aku akan fikir macam ni. Anggap kekurangan dia ni mcm kekurangan biasa. Contohnya anggap gay tu macam jongang. Kalo kawan kita jongang, kita akn sisihkan dia ke sebab kekurangan tu? Tak kan? Sebab ape? Sebab jongang dia tu tak kacau orang kan? Jadi adakah ke’gay’an kawan kita tu kacau orang? Ada banyak yang kita tak faham dgn orang-orang yang mcm ni.

Dari menghina dia dan sisihkan dia yang hanya akan menyebabkan die jadi lebih jauh dari kita atau dari masyarakat. Dan memungkin mereka buat perkara-perkara yang lebih teruk, kita boleh tolong mendoakan dia andai kita tak boleh nak tolong secara terang-terangan. Ye lah, kita perlu ada ilmu kalau nak cakap pasal benda-benda macami ni kan. Jadi, jangan menghina, jangan disisih kawan yang macam ni. Sebaliknya cuba dekati, fahami dan mendoakan bahawa satu hari nanti dia akan berubah. Kan lebih baik dari bermusuhan.

Hanya sedikit perkongsian dari apa yang aku terfikir lepas shooting Suara Untuk Tuhan haritu.:)

Saturday, April 2, 2011

Kegembiraan... Kesedihan.... Biasalah~

Akhir-akhir ni aku rasa terlalu banyak perkara yang berlaku. Dah lumrah manusia kan, bila Allah tu bagi kesenangan, bukan nak ingat sangat. Tapi bila Allah tarik balik sikit je nikmat-Nya, baru la nak sedar diri. Itu pun bagi yang sedar la.Hehehe..

Sebenarnya, entry ni untuk diri aku, dan kepada mereka yang sedang sedih, dan kepada yang gembira juga. Sedar, bahawa apa yang ada pada diri kita sekarang tiada satu pun mutlak milik kita. Satu apa pun tidak! Maka jika Allah ambil kembali hak-Nya, kita kena la redha dan sabar.

Sebab Allah dah bagitau dalam Al-Quran.

"Tiada Suatu Bencana Yang Menimpa Di Bumi, Dan Tiada Pula Pada Dirimu Sendiri, Melainkan Ada (Tertulis) Di Dalam Kitab (Lohmahfuz) Sebelum Kami Menciptakannya. Sesungguhnya Yang Demikian Itu Mudah Bagi Allah Mengadakannya.

(Ketetapan Yang Demikian) Supaya Kamu Jangan Berdukacita Terhadap Apa Yang Luput, Dan Supaya Kamu Jangan Terlalu Gembira Terhadap Apa Yang Diberikan-Nya. Dan Allah Tidak Menyukai Setiap Orang Yang Sombong Lagi Membanggakan Diri..."
(Al Hadid: 22- 23)

Semua yang berlaku pada kita dah ditetapkan dalam skrip yang Allah tuliskan untuk kita. Tapi kita diberikan aqal, hati dan Iman untuk menentukan apa yang sedang berlaku depan mata kita. Jadi putus asa bukan alasan ok. Chayok2!! :)

Friday, April 1, 2011

Selamat Kembali...

Assalamualaikum…
Halloo…
Lama sungguh rasanya tak mengimarahkn blog aku ni. Kalau ada pun sekadar amik dr post atau website orang je. Aku tak berapa nak menulis sebenarnya. Yelah, aku pernah baca dari seorang blogger, menulis ni ibarat kau menelanjangkan diri untuk tatapan umum. Dari apa yang kita tulis, orang akan tau apa yang tersimpan dalam hati kita. Dalam sedar atau tidak, kita akan mengeluarkan apa yang kita rasa melalui setiap ketik papan kekunci yang kita tekan. Memang sangat banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini. Ada gembira, ada derita. Semua bercampur baur. Well… that’s what we call life kan?

Jadi, sekarang aku fikir nak blogging semula. Dengan bantuan rakan-rakan yang pandai blogging macam Azree Ariffin, atau pon blogger bajet comel, !Cik Cleopatra!, aku harap pasni aku dapat menjayakan budaya bloging ini dalam kehidupan di masa akan datang. Cewahh!!

Oh ye! Sekarang rasa cm nak blogging dengan bahasa yang betul. Bukan la skema sangat. Asalkan denga ejaan yang betul ye tak? Hehe

Update2!!

1- Aku dah mula menjadi jurusolek. (Make up Artist).
-antara mangsa-mangsa terawal adalah Arifah Mokri (bertunang)
-Mira Gawus (Dinner)
-Mimie Gawus (Gatal nak mekap macam pengantin katanya)
-para pelakon Suara Untuk Tuhan (shortfilm Final Project )
p/s: kalau ada yang ingin menggunakan perkhidmatan aku sebagai Make up Artis. Sila PM di Facebook ye… tu ada kat tepi tu. Hehe

Wednesday, March 30, 2011

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun?

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang....

ak amik dr my lovely fren's blog.. http://ainjohdi.blogspot.com/ :)

Wednesday, March 9, 2011

dah la tu sarah oi...

kesian tgk si budak sarah ni... dr hrtu, mcm xberapa sht, cm xhepi je...

siasat punya siasat... akhirnye aku dpt tau...
lately, macam- macam ujian yg Allah berikan pd sarah... hamba-Nya yg terlalu lemah itu mencari penawar sendiri.. nk cerita kt orang, malu plak...
lalu sarah google doa n jumpa jumpa la artikel ni... saja dikongsi kot2 ade yg berasa sedih... thanks ye sarah..

sarah kata, die amik dr website ni:

http://www.faridrashidi.com/2010/04/16/penawar-merawat-kesedihan/
by: Farid Rashidi

“Malam adalah masa untuk bersedih..” Tulisan ini membuatkan saya terfikir.

Adakah hari-hari kita harus dilalui bersama perasaan sedih berpanjangan? Apakah takdir ini terbeban ke atas kita sepanjang masa?

Saya yakin, setiap insan di dunia ini pasti pernah merasainya. Kita sedih kerana diperlakukan sesuatu tanpa kerelaan, ditengking, dimarahi, diejek dan dikeji, dihinakan, atau mendapat sesuatu musibah tak dijangka misalnya kematian, kesusahan, kegagalan hidup, sukar mendapat jodoh, kesakitan serta pelbagai rona-rona rasa yang lainnya. Semangat terus lumpuh ke tahap terkebawah.

Ketika saat itu juga, hati kita menjadi rawan berpanjangan, emosi meruntun hiba, sedih bersangatan. Lalu termenung sendiri sambil menyeka air mata yang berjujuran. Air yang dihirup tidak lagi dirasa lazat, tetapi umpama duri-duri yang bercerucuk di kerongkongan. Diri lantas dipersalahkan, bahkan rasa sesal menjadi manusia bermain-main di kotak minda.

Sedangkan Allah SWT telah berfirman:

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”

“Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)

Bagi yang tidak kuat pegangan agamanya, lemah imannya, maka jalan terakhir ialah dengan cara bunuh diri. Nauzubillahhi minzalik. Pada hematnya, cara ini mampu mengurangkan tekanan yang dialami.

Tidak! Kenyataan ini tidak benar sama sekali. Bukan caranya kita bersedih lalu berusaha menjauh diri dari Ilahi atau menempah pintu-pintu neraka.

ADA PENAWARNYA

Setiap penyakit ada penawarnya, kecuali bila ajal mula mendekati – tiada penawar lagi. Justeru, indahnya Islam kerana di sana letaknya tegahan tetapi ada suruhan (bimbingan), adanya penyakit turut bersamanya penawar.

Kerana itu sahabat Baginda apabila merasa runsing dan bersedih hati, mereka langsung mendapatkan motivasi dari Rasulullah SAW agar pencerahan kembara Ilahi jelas tanpa was-was. Mereka segera kembali kepada jalan al-Quran dan Sunnah bukan mengikut telunjuk hati yang rawan ataupun syaitan yang membisikkan kenistaan.

Ayuh! Usahlah terus bersedih, bangkitlah.. jangan jadi orang ‘kalah’ lagi. Hamparkan sejadah, lalu bertawajuh dan menadahkan tangan memohon bantuan dari-Nya. Engkau tidak keseorangan.

Di bawah ini saya selitkan doa merawat kesedihan, cubalah baca dan amalkan.

Terdapat di dalam musnad Imam Ahmad dan sohih Ibnu Hibban, daripada Abdullah Ibnu Mas’ud r.a bahawasanya Nabi Muhammad SAW telah bersabda:




“Tidaklah sama sekali berkata mana-mana hamba apabila dia dilanda kebimbangan (tentang perkara akan datang) atau kesedihan (merujuk perkara yang telah berlalu); (dengan cara berdoa sebagaimana berikut):

Maksud doa: “Ya Allah! Sesungguhnya aku hamba-Mu, juga anak hamba lelaki-Mu (ayahku) dan anak hamba perempuan-Mu (ibuku). Dahiku berada di tangan-Mu (Engkau bebas mengawal dan menentukan arahnya; kebaikan atau keburukan yang ditujunya). Sudah berlalu pada diriku keputusan-Mu. Sememangnya adil buat diriku (apa jua) ketentuan-Mu.

(Justeru), aku memohon kepada-Mu dengan semua nama yang selayaknya buat-Mu; yang Engkau namakan dengannya diri-Mu, atau yang Engkau turunkannya dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkannya kepada salah seorang daripada makhluk-Mu (Nabi Muhammad SAW) atau yang Engkau (sengaja) sembunyikan tentangnya di alam ghaib di sisi-Mu..

Supaya Engkau jadikan al-Quran sebagai musim bunga (berasa tenteram dalam) hatiku, cahaya di dadaku, keluar daripada (belenggu) kesedihan, dan penghilang kebimbanganku.”

Sambungan hadis Baginda SAW:

“Melainkan pasti Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Agung menghilangkan kebimbangannya dan menggantikan buatnya tempat kesedihan tersebut dengan kegembiraan.”

Mereka (para sahabat r.a) berkata: “Wahai Rasulullah! Semestinya ke atas kami mempelajari bilah-bilah kata ini.”

Nabi menegaskan: “Benar! (Bukan setakat kamu; bahkan) semestinya kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya perlu mempelajarinya.”

Janganlah bersedih wahai jiwa, sekiranya engkau beriman kepada Allah SWT, percaya kepada ketentuan qada’ dan qadarnya – hikmah tersembunyi. Jangalah bersedih wahai jiwa yang tenang, kerana bersangatan sedih itu membuatkan dirimu dinodai Syaitan. Janganlah bersedih wahai jiwa yang lara, kerana bersama engkau ialah Tuhan Yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya.

Ingatlah, Allah Yang Satu itulah yang mengobarkan kemenangan insan terdahulu, yang mengatur urusan manusia sebelum-sebelumnya. Malah ada urusan mereka lebih sulit dari kita. Selalulah bersyukur dan mengingati Allah SWT.

La tansa zikrullah.

sedih...

sarah2...

bersabarla wahai sarah...

huhuhu......

Followers