Monday, July 20, 2009

Demi sesuap nasi...

“Siot punya FB! Dh lambat… blum smyg zohor lg ni…” kata hatiku.

Jam di pergelangan tangan aku menunjukkan 3.15. memang perangai manusia, meletakkan kesalahan sendiri pada orang lain. Dan sebagai manusia biasa, aku juga tidak ketinggalan. Facebook yg aku persalahkan kerana kelewatan smyg zohor aku hr ni. Jadi dengan pantas aku bergerak keluar dr lab ITD yang sejuk cam peti ais itu. Berjalan pantas, tapi mata melilau melihat selendang yang cantik2 belaka di gerai2 depan ITD.

“pergh.. 10 henget je… warna purple pon ade plak 2…” aku akhirnye berhenti melihat selendang.

Tiba2 fikiran aku termelayang dan berimaginasi. Terbayang kelibat seorang perempuan, mukanya macam aku. Baju pun macam aku jugak. (Eh, memang la aku!) kelibat itu sedang membayar harga sarapan pagi. Dan menyimpan baki dua keping note biru yg kecil ke dalam beg duitnya.

“Dem! Duit tinggal RM2. Cmne nk beli selendang. Duit makan malam pon xlepas ni.” Dalam kekecewaan itu, aku tersenyum.

Mana tidaknya, PTPTipu kan dh masuk. Aku berlari2an lagi mencari ATM yg berdekatan. Selendang tu boleh tunggu lagi. Yang bab makan malam tu yang penting. Kne kuarkan duit sekarang jugak. Pergi library, mesin duit itu xhidup. Turun pula gi tepi main audi, ade tampal kertas “OUT OF SERVICE”. Nasib baik UIA ni kecik. Maka aku cekalkan diri pergi ke center. Ade 4 biji mesin cocok duit di sana.

Sesampai di center… tak terbayang dengan kata-kata. Ibarat lautan manusia layaknya. Setiap mesin ATM ada dalam 300 orang. Pada telahan aku, subuh esok pon belum tentu dapat kuar duit. Dalam zohor bru dapat aganye. Ape aku nak buat kat sini sementara tunggu zohor esk? (Aku buat muka curious.)

“Zohor?! Cis, aku blom smyg zohor yang hari ni, cmne leh fikir pasal zohor esok!” aku kaget. Suasana terasa sunyi.

Aku terus gostan dan berlari2 anak lagi. Kali ini menghala ke mahalah(kolej). Tidak langsung menoleh ke belakang. Sampai ke bilik, aku terus dengan pantas berwudu’ dan dan solat. Usai solat, jam menunnjukkan 4:20. Aku senyum lega.
Aku sanggup lupakan makan malam demi mengejar waktu solat yang semakin habis.
Aku seorang yang BAIK bukan??!!

Ketika menaip perkara entry ini, jam penunjukkan 6.20ptg.

“ Lapar…. Nak pnjam duit sape malam ni ek?!”. Aku terbayang muka Nabila.

Dgn pantas aku mencapai hp, menaip “Neb, jom mkn same”, dan terus send kepada nama: Nabila UIA.

Beberapa minit kemudian dia reply, “I dan memang kt nk turun pon. Jmpa kat sane k.”

Aku tersenyum nampak gigi.

2 comments:

Anonymous said...

cheis..demi selendang dan makan malam rupenye..............................

FdausAmad said...

Frinjan nanti lu tuurn tak?,
Jom Jom..Luca ada bukak stall..

Followers