Monday, July 6, 2009

sambungan episode: aku dan pertandingan......

Kata rakan aku 2, ada unsur-unsur politik dalam program ni. Dia terdengar, penganjur memang dah pilih pemenang dari awal lagi. Yang perempuan si Mariana, yang laki pula si Azrai. Mereka berdua ni memang power. Jadi, untuk mengelakkan daripada mereka berdua ni dapat saingan yang hebat, mereka tinggalkan peserta-peserta yang tak berapa bagus dalam pertandingan. Supaya mereka berdua ini akan lebih menyerlah dan dapat ke peringkat akhir dengan bergaya. Malah, siapa yang terkeluar seterusnya juga adalah mereka yang akan memberi saingan hebat. Manakala yang akan mara ke pusingan akhir bersama Mariana dan Azrai pula, adalah peserta picisan yang hanya dipilih untuk melengkapkan acara pertandingan. Lebih kurang macam tu la bunyi cerita rakan tu. Aku tau, dia dapat hamper malam tadi. Tapi aku rasa logic juga hujah beliau. Mana taknya, keputusan malam tadi memang mengejutkan. Beberapa peserta ‘favourite’ yang sering menyerlah telah tersingkir. Ideologi rakan ini dapat menerobos ke minda dan mempengaruhi aku.

Semasa teringat akan cerita dari seorang kawan itu sambil mengetuk-ketuk bakul sampah di tepi tong sampah besar, aku sempat terfikir.
“Owh.. sebab tu la si Alya dan si Fiza, dua peserta hebat macam tu pun tidak mara ke pusingan seterusnya. Mereka jadi mangsa politik rupanya. Tak baik mereka buat macam ni. Aku ni takpe la, bukan reti sangat dengan ape kejadah ni semua.” Aku bersuara dari hati kecilku lagi. Akhir-akhir ni, aku memang mahir bercakap sendirian.

Selepas buang sampah, aku masuk ke bilik semula. Lalu aku ambil plastik sampah yang baru untuk diletakkan ke tempat yang sepatutnya. Bilik aku dah hampir siap dikemas. Hati mula lega. Hajat nak simpan beg baju ke dalam loker. Tiba-tiba mata aku terpaku ke arah poket beg hijau tersebut. Terdapat satu plastic jernih bercorak putih dan berkilat. Di dalamnya… sekuntum mawar merah... Ada bunga mawar merah??

No comments:

Followers