Tuesday, July 7, 2009

sambungan lagi.. ni last!!

Sacara semi-auto aku terbayang peristiwa seorang makwe pakai dress bunga-bunga, bertudung hitam-pink sedang naik ke pentas dan menerima sekuntum mawar merah dari bos penganjur pertandingan. Mukanya sebiji macam aku dan bunga tu pun sama macam yang dekat dalam beg aku tu.

“Eh, aku la tu!” cakap sorang-sorang lagi. Tak siapa dengar.
Ini bermakna….

“Ciss!! Baru aku nak perasan kat orang ramai yang ni bagus! Rupa-rupanya…. Tipah tertipu!” Aku masih berkata-kata dengan hati.

Apa gila, penganjur fikir aku layak untuk jadi pemenang? Aku patut tau ni dari mula, ini semua muslihat. Tak payah la aku tergedik-gedik hantar mesej kat kawan- kawan yang aku dapat masuk ke peringkat seterusnya. Buat malu je! Intipati cerita dari rakan itu tadi menyebabkan aku start naik histeria.

Kepala mula diserang angin. Tiba-tiba barang-barang di atas meja jatuh ke lantai. Kemudian, baju-baju yang baru sahaja dilipat itu juga mangalami nasib yang sama. Akhirnya, bilik aku bersepah semula.
Dan bila hysteria dah reda beberapa saat kemudian, aku termenung... memandang sekitar bilik dengan wajah sayu..

“Adoi… Bila masa pulak aku nak kemas lagi ni? Siot ar!!! ” Aku cakap lagi. Tapi kali ni, bukan takat kawan sebelah, budak blok sebelah pon boleh dengar.

Penat!

2 comments:

ayampinko said...

aku tak paham..tapi aper da hal kan..

ika gawus said...

xpe, mmg bkn salah ko... aku mmg nk tulis supaya orang tak paham... hehehe....

Followers