Sunday, July 5, 2009

SARAH menulis...

EPISODE - AKU DAN PERTANDINGAN MENCARI LELAKI DAN PEREMPUAN.

“Haih… akhirnya sampai juga kat bilik ni”. Hati aku berbisik sambil meletakkan beg galas Bodyglove warna hijau dari bahu ke atas lantai di sudut bilik.
Aku perlukan rehat. Tapi bilik dh mcm kene rompak, nak tak nak kene la gagahkan diri mengemas. Lap meja, sapu lantai, buang sampah dan sebagainya.

“Penat.. penat….” Aku bercakap dalam hati lagi. Tiada siapa kat bilik. 2 minggu ni aku tinggal sorang diri. Takde rumate. So, dah terbiasa cakap sorang-sorang.
Sambil-sambil mengemas, aku teringat kejadian dalam pertandingan malam tadi. Meriah sungguh. Semua peserta melaram bagai nak rak. Yang perempuan dengan dress yang macam-macam rupa,memang mengancam. Jejaka plak, tah dari mane la dia orang dapat baju-baju yang dasyat macam tu semua. Sebelum ni, sekor-sekor slebet je, tiba-tiba malam tadi sume dh jadi hensem tahap Johnny Depp.

Tapi malam yang glamour tu, indahnya cuma sementara. Sebabnya, penutup majlis adalah sebuah acara penyingkiran. Rasa semacam je masa atas pentas. Die punya takut memang ekstrim. Aku memang tak letak harapan sangat, tapi perasaan takut ni datang jugak. Tah la, aku pun tak paham. Jadi malam itu, mereka yang berjaya ke peringkat seterusnya dapat sekuntum bunga ros dan yang tersingkir dapat hamper barang-barang ekslusif dari penganjur.

Dalam masih mengemas bilik tu, aku teringat pula pada perbualan dengan rakan se’pertandingan’. Perbualan terjadi sehari selepas majlis penyingkiran.

bersambung....

2 comments:

ayampinko said...

macam citer kat tv jer..

mimie said...

meh mi kontineu..
aku terfikir2..lebih baik aku kalah dalam pertandingan 2... dpt hamper.. ni x... stakat bunge skuntum... 10 kumtun bunge ros adik aku blh bg la...

p/s: kbyr royalti dl sblm anda mengkopi komen ini.

Followers